Thursday, December 2, 2010

Umar Dan Burung Pipit

~Salamullah aleikum jami’an~

Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi peluang oleh Rabbul Jalil utk menghela O2, mhembus CO2 beserta wap air, meneruskan proses respirasi seperti biasa. Dan semuanya percuma. PERCUMA kwn2 sekalian. PERCUMA! It’s for FREE!! Bebas kita utk mghelanya brapa byk pun.. Masih angkuhkah kita utk tidak mengucapkan kalimah semulia “Alhamdulillah”?? Sama2 muhasabah diri..

Selama ini, mgkin kita hanya mengenali Saidina Umar Al-Khattab sbg pemimpin Islam yg berani, sgt berani sehinggakan golongan kafir laknatullah pada zaman beliau hanya mmpu bisu menyembunyi lisan, hanya mmpu kaku menafi gerak otot dan hanya mampu melihat seolah2 menolak kjadian mata tatkala beliau menegakkan kebenaran Islam. Sama-sama hayati kisah ini.



Menyorot teladan para kekasih Allah...

bismillah..


Umar dikenali sbg pemimpin yg adil, menjunjung tinggi hokum Allah dan selalu menyayangi sesama makhluk bahkan terhadap haiwan sekalipun.


Dalam sebuah riwayat, setelah Umar r.a meninggal dunia, para ulama melihat beliau dalam mimpi, kemudian mereka bertanyakan keadaan Umar di alam barzakh.


Mereka berkata, “ Apa yg telah dilakukan Allah terhadapmu? ”


Umar menjawab, “ Allah telah mengampuniku. ”


Para ulama bertanya lagi’ “ Dgn apa? Dgn kedermawananmu, keadilanmu, atau dgn kezuhudan(tidak terpedaya dunia)mu? ”


Umar Al-Khattab mjawab, “ Setelah kamu semua meletakkan aku dalam kubur dan menutupku dgn debu, lalu kamu tinggalkan aku sendirian, maka masuklah padaku 2 malaikat yg menakutkan, hilang akalku dan gementar sendi-sendi tulangku kerana takut. Kemudian, kedua-dua malaikat tersebut memegang dan mendudukkanku. Mereka berdua ingin bertanya padaku, kemudian aku mendengar panggilan dari suara yang tidak ada rupanya, “ Tinggalkan hamba-Ku dan jangan kamu menakut-nakutkannya. Sesungguhnya Aku telah menyayangi dan mengampuni dosanya kerana dia telah menyayangi burung pipit (ushfur) di dunia, maka Aku menyayanginya di akhirat.” ”




Kehebatan Saidina Umar r.a ini bermula ketika beliau berjalan-jalan di kampung Madinah, kemudian beliau melihat seorang budak kecil yg ditangannya ada seekor burung pipit yg dijadikan mainan. Umar merasa hiba terhadap burung pipit itu, lalu membelinya dari budak kecil itu dan kemudian membebaskannya.


- Dipetik dari buku karangan Jamal Ma’mur Asmani, Beginikah Rasanya 7 Malam pertama Di Alam Kubur


MasyaAllah, hebatnya kasih sayang Allah, Maha Pengampunnya Allah, Maha Pemurahnya Allah.. subhanAllah, LAA ILAAHA ILLALLAH!

Ini menunjukkan bahawa umat Islam harus selalu menyayangi sesame makhluk, bahkan pada haiwan sekalipun tidak boleh menyakiti mereka.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“ Org yg menyayangi akan disayangi Zat Yg Maha Pengasih Maha Penyayang, maka sayangilah org di bumi, maka org di langit akan menyayangi kamu semua. ” ~Wallahua’lam~

4 comments:

tinta_hikmah said...

syukran ats perkongsian yg menginsafkn

إبتسام فاهمة الدين said...

afwan ya habibati ukhti.. sama2 kgsi apa2 yg bmanfaat iAllah..

yuki_chan said...

owh..begitu...^^..
pertama kali tahu..
time kasih utk info..^^

Asmahanna said...

pertama kali dengar juga..ttg burung pipit dan umar =)