Monday, November 29, 2010

Ilmu Dan Kematian

~ Salamullah aleikum jami’an ~


Perkongsian ini ditujukan khas buat hati2 yang sdg sibuk bmujahadah kpd Allah yg Maha Mengetahui akan segala sesuatu.


Syair dlm kitab Ta’limul Muta’allim menjelaskan,

“ Jadilah kamu org yg selalu m’ambil faedah (pelajaran berharga) setiap hari, berupa ilmu pengetahuan, lalu berenanglah dalam lautan faedah (ilmu).”

Di sini, dpt kita lihat betapa pentingnya peranan ilmu dlm hidup setiap susuk yg masih bpeluang menimbanya. Bahkan ilmu juga dpt mbantu kita setelah terpisahnya roh daripada jasad kelak.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


SubhanAllah, andai saja kita semua sedar akan hakikat ini, pasti setiap hari, setiap waktu akan dipenuhkan dgn kuliyah ilmu sampai kita x tahu nak pergi yg mana. Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah. Maarilah kita sama2 muhasabah diri.

Hidup ini sgt singkat wahai manusia.

Junjungan besar Nabi S.A.W bersabda:

“ Ambil kesempatan lima sebelum lima, yakni hidupmu sebelum matimu, sihatmu sblm sakitmu, waktu lapangmu sebelum sibukmu, mudamu sebelum tuamu, dan kayamu sebelum fakirmu. ”

(Hadis riwayat Baihaqi, drpd Ibnu Abbas)


Sahabat Abu Bakar As-Siddiq berkata:

“ Sesiapa masuk kubur tanpa bekalan, maka seperti mengharungi laut tanpa perahu.”
Nauzubillahimin zaalik..





Pesanan buat diri dan semua:Marilah kita sama2 mengejar akhirat..iAllah dunia akan iring kita tanpa perlu kita mengejarnya.
Fastabiqul khairat!!.. salam ukhuwwah dan salam mujahadah..

~ Wassalam ~

No comments: