Friday, December 17, 2010

Jika Dia Untuk Ku.. Cerita Seorang Isteri Part 2

.............sambungan.........


Abang pulanglah abang, pulanglah Effa ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Effa. Effa kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.


“Syukurlah Effa kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri


“Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau”, tolak Effa.


Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Effa itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.


“Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?” pinta Zikri


“Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?” setuju Effa.


“Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Effa hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, “Allah makbulkan doa saya mak cik”. Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.


“Effa, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Khairil dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Khairil dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang.” terang Zikri.


Effa menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Effa menantikan Khairil sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.


Dua hari kemudian Khairil pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Effa bertekad untuk bertanya.


“Ya betul apa yang Effa dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Effa, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Effa, kerana mereka juga sayangkan Effa, dan Effa kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Effa.” Janji Khairil.


Effa sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Effa terlalu kecewa.


Khairil masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Effa pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.


“Insya-Allah En. Khairil, dua-dua selamat”. Terang doktor pada Khairil.


“Dua-dua apa maksud doktor? tanya Khairil


“Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni,” terang doktor.


“Ya Allah Effa mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Effa, kesal Khairil. Malu rasanya untuk menatap muka Effa.


“Kenapa Effa tak bagi tahu abang yang Effa mengandung? kesal Khairil.


“Effa memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Effa tak sampai hati bang, Effa tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu.” Jelas Effa.


“Effa sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang Cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi.” janji Khairil.


Kesal kerana mengabaikan Effa yang mengandung itu, membuatkan Effa risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan mujur jugak Effa pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.


“Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,” marah Khairil bila melihatkan Effa cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Effa tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.


“Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah.”balas Effa. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.


Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Effa hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Effa dan andainya apa-apa berlaku Effa akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Effa akan dilawati oleh Khairil. Effa amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Effa sanggup tinggal dihospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.


Kandungan sudah dipenghujung 7 bulan, Effa amat bahagia merasakan gerakan- gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Effa, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Effa mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Khairil tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Effa di dalam sana. Khairil makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.


Khairil meluru “doktor bagaimana isteri saya ?”, Khairil terus bertanya.


”Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Effa Ain.” Terang doktor.


“Apa maksud doktor? Tanya Khairil yang sudah tidak sabar.


“Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya.” jelas doktor.


“Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat.”


“Ermmm… lekanya dia sampai terlena.” tegur Khairil sambil membelai dan
mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Effa. Effa hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah.


Effa Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Effa menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Khairil.


“Mungkin mak Effa datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira”. pujuk Khairil menenangkan Effa.


“Abang… tolong Effa bang!!” laung Effa dari bilik air.


“Ya Allah Effa kenapa ni? Khairil ketakutan. “Mak… tolong mak… makkkkkkkkkkk” Khairil menjerit memanggil emaknya didapur.


“Cepat, bawak pergi hospital, cepat Khairil” perintah Mak Zaharah.


“Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia ‘dijemputNya”, terang doktor. Terduduk Khairil mendengarkan hal itu.


Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Effa Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.


Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Khairil mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.


Abang yang Effa rindui,

Abang maafkan Effa kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Effa sudah jauh meninggalkan abang, Effa tak harapkan Effa akan selamat melahirkan anak ini, tapi Effa harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Effa. Itu harapan Effa bang. Effa masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Effa tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Effa dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Effa menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.

Saat Effa menulis surat ini, Effa masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Effa bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Effa bahagia, cukuplah saat manis ini Effa dan dia. Effa rasakan setiap

pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Effa hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Effa redha bang. Siapalah Effa untuk menolak ketentuanNya. Effa tak mampu abang.

Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Effa untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Effa cintai dan kasihi selamanya. Effa redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Effa redha, kerana Allah telah memberikan Effa sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Effa harap abang redha sebagaimana Effa redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Effa untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau Cuma seketika.

Andai apa yang Effa takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Effa harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Effa harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Effa harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Seumur hayat Effa, Effa tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Effa, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Effa rindui…

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Effa ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Effa tak berkesempatan, dan walaupun kini Effa tiada lagi, tapi Effa nak abang tahu yang…

Effa rindukan abang…… Effa rindu sangat dengan abang….. rindu bang… rindu sangat….

Sekian,

Ikhlas dari Effa, isterimu

Effa Ain Bt. Abdullah



Khairil melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Effa Ain… dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu…..

Effa…. abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Khairil.

dari:http://irwan007.wordpress.com/