Bismillah..
Salamullah aleikum jami’an.
Setelah menjalani lab bio Isnin lalu, hati ini sgt terpanggil utk mengungkapkan kisah lanjut kepada semua yang bakal membaca nukilan ini. Instead of berkongsi pengalaman lab bio bersama sang katak yg kudung kakinya, yg mengundang pelbagai ragam teman2 seperjuangan, hati lebih senang utk berkongsi kisah seterusnya ini kpd kalian. Selamat mbaca..
p/s : maaf sang katak yg dikasihi atas nama makhluk Tuhan. Atas tuntutan pelajaran, terpaksaku melakukan pelbagai hal kpdmu. Terbalikkan, gantung kat retort stand, touchkan kakimu kat air panas.. Astaghfirullah.. Sungguh x sanggupku utk m“damage”kan brainmu utk hanya sekadar meng “observe” involuntary actionmu. Sungguh jasamu dikenang. Terima kasih krn byk mmberi manfaat kpd manusia..
Diriwayatkan di dalam Syi’bul Iman oleh Al Imam Baihaqi, juga di dalam tafsir Imam Qurthubi, ketika seekor katak tidak sanggup melihat Nabi Ibrahim yang pada ketika itu ingin dibakar oleh Raja Namrud, (padahal) dirinya tak mampu berbuat apa-apa kerana dia hanyalah seekor katak, maka ia hanya menaruh air di mulutnya. Berapa besarkah mulut sang katak yang berhajat untuk membantu memadamkan apinya Ibrahim? (Api menyala) lebih besar dari bukit. Akan tetapi si katak mengambil air dari sungai dan melompat-lompat dan menyemburkan air itu ke dalam api yang sedang marak itu. Logiknya, sangatlah tidak berguna perbuatan katak itu. Seperti melakukan perkara sia-sia sahaja.
Tidak akan dapat kudrat seekor katak memadamkan api, tapi Yang Maha Melihat, (tetap) melihat!! Allah Swt melihat jiwa seekor katak yang kecil yang tidak dilihat oleh makhluk lainnya. Allah SWT tahu niat daripada hamba-Nya yang kecil itu, cintanya kepada Nabiyullah Ibrahim dan niatnya menyelamatkan Nabi Ibrahim (padahal Nabi Ibrahim sudah dilindungi oleh Allah), maka Allah mengharamkan katak untuk dibunuh sampai akhir zaman. Oleh sebab perbuatan seekor katak yang sekecil itu sahaja, maka semua katak sampai akhir zaman haram dibunuh. MasyaAllah..
Bahkan diriwayatkan dalam lebih daripada 20 hadith, larangan Nabi Muhammad SAW membunuh katak sehingga para sahabat datang kepada Rasul saw mengajukan pertanyaan “ada katanya jenis ubat tapi diambil daripada katak, maka haruslah membunuh katak” dan Rasulullah SAW melarangnya. Jangan jadikan ubat-ubatan daripada katak. Mengapa? kerana katak haiwan yang dilindungi hingga akhir zaman. Mengapa? Salah satu diantara sebabnya adalah kerana katak pernah ingin menyelamatkan Nabi Ibrahim as.
Lihat Allah menghargai keinginan mulia, walaupun tidak mampu berbuat apa apa, walaupun tidak mampu merubah keadaan tetapi hal itu dihargai oleh Allah dan dilihat.
Lebih-lebih lagi orang-orang yang mencintai Sayyidina Muhammad SAW, Pemimpin Para Nabi dan Rasul. Dan orang orang yang membantu apa apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW.
Perbuatannya mungkin dianggap tidak bermakna apa-apa tapi mungkin usaha itulah yang dihargai oleh Allah SWT.
Wallahua'lam bissawab..
3 comments:
thanks....menarik!
terima kasih, bermanfaat~^^,)
baru tahu hari ni. tp dah 5 thn bekerja sbg lab tech dan dah beratus ekor katak sy 'paralysed'kan utk tujuan eksperimen. cam mane ek? kene carik keje lain agaknya. HARAM tu..
Post a Comment