Friday, October 1, 2010

JALUT DAN THALUT - Episod 1


Dikisahkan bahawa Kaum Bani Israel telah diserang oleh musuh mereka yang dipimpin oleh seorang raja yang bernama Jalut. Jalut merupakan seorang raja yang sangat zalim. Kaum Bani Israel telah diserang, harta mereka dirampas dan mereka telah diusir dari kampung halaman mereka.


Lalu, Bani Israel meminta kepada Nabi Samuel agar mencarikan mereka seorang raja untuk memimpin mereka melawan Jalut dan bala tenteranya.
Maka dengan petunjuk Allah, Nabi mereka menunjuk Thalut sebagai raja. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : 5,
maksudnya:

Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan
mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung”


Talut adalah seorang pemuda miskin yang tinggal di sebuah desa di negeri itu. Badannya kuat ,tinggi dan gagah. Matanya tajam, fikirannya pun luas dan bernas. Hatinya suci dan budinya luhur. Pekerjaannya bertani dan berternak.


Sebermula dari itu, pembentukan pasukan tentera Thalut pun dimulai. Thalut telah menyiapkan bala tenteranya untuk memerangi Jalut. Jalut adalah seseorang yang perkasa dan penentang yang hebat di mana tiada seorang pun mampu mengalahkannya.
Pasukan Thalut telah siap. Misi mereka ialah untuk merebut kembali Peti Tabut yang mana peti tersebut merupakan Peti Keramat pemberian Allah sejak zaman Nabi Musa. Pasukannya berjalan dalam waktu yang lama di tengah-tengah gurun dan gunung sehingga mereka merasakan kehausan.



Raja Thalut berkata kepada tenteranya: "Kita akan menemui sungai di jalan. Barang siapa yang meminumnya maka hendaklah ia akan keluar dari pasukan dan barangsiapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali mencedok secedok dengan tangan". Namun, apakan daya. Nafsu mereka mengatasi segalanya. Ramai dari tentera Talut ingkar arahan tersebut. Gugurlah mereka dari menyertai tentera Talut. Hanya sebilangan kecil dari mereka yang menurut perintah ketua mereka itu.


Maka, semakin berkuranglah tentera thalut yang ikut berjuang. Mereka berjaya melepasi ujian-ujian Allah. Mereka sangat kuat dan bersemangat. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim , surah Al-Baqarah: 250,
maksudnya:

Tatkala Jalut dan tenteranya telah nampak oleh mereka, merekapun (Thalut dan tentaranya) berdoa: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."


Jalut kelihatan memakai baju besi bersama pedangnya. Tampaknya ia menanti seseorang untuk berlawan dengannya. Semua tentera Thalut merasa takut untuk menghadapinya. Di saat-saat tegang ini, muncullah dari pasukan Thalut seorang penggembala kambing yang kecil, iaitu Daud.


Daud adalah seorang yang beriman kepada Allah s.w.t. Ia mengetahui bahawa keimanan kepada Allah s.w.t adalah hakikat kekuatan di alam ini, dan bahawa kemenangan bukan semata-mata ditentukan banyaknya senjata dan kuatnya tubuh. Daud maju dan meminta kepada raja Thalut agar mengizinkannya berlawan dengan Jalut. Pada mulanya Thalut menolak permintaannya. Daud kembali meminta izin agar diberi kesempatan untuk memerangi Jalut.


Lalu Thalut mengizinkannya. Thalut berjanji akan mengahwinkan Daud dengan anak perempuannya dan menjadikannya pemimpin tentera tersebut andainya dia berani memerangi Jalut. Daud tidak peduli dengan ganjaran tersebut. Ia hanya ingin berperang dan memenangkan agama. Ia ingin membunuh Jalut, seorang lelaki yang sombong yang zalim dan tidak beriman kepada Allah s.w.t, Raja mengizinkan kepada Daud untuk berlawan dengan jalut.


Jalut akhirnya terbunuh di tangan Daud, tentera musuh menjadi kucar kacir dan akhirnya dapat dikalahkan seluruhnya oleh bangsa Bani Israel yang dipimpin oleh Talut dengan bantuan Daud. Bangsa Israel kembali hidup merdeka di tanahair sendiri, bertemu dengan anak isteri yang telah lama mereka tinggalkan.




Dengan kemenangan ini, nama Daud menjadi harum semerbak di seluruh lapisan rakyat dan masyarakat, menjadi sebutan ditambah pula dengan sifat dan budinya yang suci.
Thalut akhirnya menunaikan janjinya mengahwinkan anak perempuannya kepada Daud. Akhirnya Daud berkahwin dengan Mikyal, anak perempuan Thalut yang paling cantik. Negara yang dipimpin oleh Thalut semakin maju dan makmur, manakala barisan tentera yang dipimpin oleh Daud semakin kuat dan teguh. Firman Allah dalam Surah Sod: 20,
Maksudnya:

“ Dan kami kuatkan kerajaannya dan kami berikan kepadanya hikmah dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan.”

To be continued.....