Tuesday, April 27, 2010

Situasi Semasa Influenza A (H1N1) 27 April 2010

Sehingga jam 8:00 pagi pada 27 April 2010, Kementerian telah menerima sejumlah tiga (3) laporan kejadian kluster ILI seperti di Lampiran 1.

Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 26 April 2010, sejumlah 29 kes disahkan influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 13,480. Jumlah kes ILI yang masih dirawat di- dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 563 kes. Daripada jumlah tersebut, 68 kes (12.1%) telah disahkan positif influenza A(H1N1). Bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 10 kes dengan tujuh (7) mempunyai faktor risiko. Tiada laporan kematian yang diterima semalam menjadikan daftar kematian H1N1 seluruh negara masih kekal 80 orang.

Kementerian ingin menegaskan bahawa penularan jangkitan influenza A(H1N1) masih aktif di dalam komuniti. Masyarakat diminta supaya sentiasa berwaspada dan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan. Orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, penyakit jantung, penyakit paru-paru, ibu mengandung dan kegemukkan (morbid obesity) digesa mendapatkan pelalian vaksin H1N1 di 104 fasiliti Kementerian seluruh negara. Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 27 April 2010

No comments: