Wednesday, January 26, 2011

Izinkan cinta-Mu Itu Kusentuh

salamullah aleikum jami'an..

sedikit perkongsian. asif xsempat nak tambah eksesori (gambar etc) pd cerpen yg sy copy dr page seorg sahabat ni. bizi skit (exam. doakan sy ye..syukran)..

tp xpe.. iAllah sarat pengajaran. selamat membaca ^_^

p/s : bacalah dgn nama Allah, dgn niat krn mengejar redha-Nya.
_____________________________________________________________


“Subhanallah, agungnya ciptaanMu ya Allah,monolog Miftahul sendirian ketika melihat suasana matahari terbit di pantai yang amat bersejarah di dalam kamus hidupnya kerana di sinilah termetrainya sebuah cinta fillah, sayang keranaMu ya Rabb.. Zikrullah membasahi bibir sambil Miftahul memerhati setiap ciptaanNya yang sangat indah di sekelilingnya. Tersenyum sendirian Miftahul apabila dia terlihat sebuah pondok yang terletak berhampiran dengan pantai, kerana di situlah tempat di mana Miftahul mula mengenali cinta fillah itu. Terkenang kenangan tiga tahun yang lalu…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx


“ Argh!!!! Bencinya aku, sanggup kau tipu aku selama ni, rupa-rupanya aku ni langsung tidak bernilai di dalam hidup kau,” menjerit Miftahul sambil berdiri di sebuah pondok tepi pantai. Dia yang mempunyai raut wajah yang amat menenangkan, berseluar jeans dan berbaju pink berlengan pendek, seperti hilang arah ketika Danial telah menyatakan hasrat untuk ‘break’ semalam.


Tiba-tiba Miftahul terdengar suara seseorang dari arah belakangnya ‘ Assalamu’alaikum dik, boleh akak tumpang duduk di sini’,tegur seorang wanita yang berjubah dan berjilbab unggu. ‘ Pahal pulak ‘ustazah’ ni, banyak-banyak tempat, kat sini jugak dia nak bertenggek, monolog Miftahul. “ ErmM… duduk la, lagipun pondok ini bukan ada nama saya pun,kata Miftahul selamba. “ Kadang-kadang hidup ini tidak adilkan, bila kita mencintai seseorang insan dengan sepenuh hati, tapi dia tidak pernah menghargai. Tapi masih ada cinta yang yang tidak pernah mengecewakan kita selama-lamanya.


Cuba kita lihat air laut dan awan yang di atas sana, setianya si awan kerana dia sentiasa menemani dan melindungi si laut tanpa kira detik waktu, si awan selalu di sisinya tanpa rasa jemu walaupun sesaat. Begitu juga dengan si laut, dia jua sentiasa berada di sisi si awan tidak kiralah waktu panas, mendung ataupun ribut, dia akan sentiasa menadah rintik-rintik ‘tangisan’ si awan tanpa mengeluh dan merunggut. Cuba kita perhatikan pulak cinta sang rama-rama dengan bunga, si rama-rama hanya tertarik pada sekuntum bunga yang sangat cantik di pandang untuk menghisap madunya,dan apabila madunya di ambil, sang rama-rama pasti akan meninggalkan kuntuman bunga yang cantik sebentar tadi. Penat-penat je kuntuman bunga tadi, menghiaskan dirinya secantik puteri, namun dirinya tidak pernah di hargai. Cinta sang laut dan awan itulah cinta yang hakiki berbanding cinta palsu sang rama-rama”, Nur memulakan bicara.


Miftahul yang tadi tengah marah tiba-tiba terasa hatinya seperti di sentuh oleh sentuhan yang amat lembut sehingga dia tidak sedar air matanya mengalir membasahi pipi apabila mendengar bait-bait kata dari Nur. ‘ Akak, saya rasa sayalah sang bunga itu,’ Miftahul berbicara sambil mengelap titisan air mata di wajahnya.


Sejak dari saat itu, ukhwah antara Kak Nur dan Miftahul makin rapat, hari demi hari Kak Nur sabar melayan kerenah Miftahul yang sedang berusaha mencari sinar cahaya kembali di dalam hidupnya. Walaupun kadang-kadang Miftahul seperti tidak kuat untuk meneruskan hijrahnya, namun Kak Nur tetap bagi semangat dan kata-kata semangat untuk Miftahul meneruskan perubahannya. ‘ Tak pe, Miftahul ingat Allah sentiasa ada di sisi hambanya yang sentiasa berusaha untuk mendekatkan dirinya kepada Dia walaupun seisi dunia ini membenci kita,’ itulah kata-kata Kak Nur yang selalu di ungkapkan untuk Miftahul.


Xxxxxxxxxx

‘ Ala, kakak, tak perlulah sibuk-sibuk nak pergi ajak orang buat baik, jabatan agamakan ada, lagipun itukan memang kerja mereka, buat apa kak nak sibuk-sibuk nak pergi membanteras maksiat , focus belajar sudahlah, belajar rajin-rajin, tak payah nak fikir masalah orang lain buang masa je,’ kata-kata itulah yang di ungkap oleh ibu dan ayah Miftahul ketika dia menyatakan hasrat murninya. ‘ Betul tu, lagipun ko dulu pun sejenis jugak dengan diorang tapi ntah hantu apa ntah yang masuk dalam badan tiba-tiba jadi ustazah pulak, tiba-tiba sepupu Miftahul lantang berbicara.Miftahul hanya tersenyum mendengar jawapan daripada ibu dan ayahnya mahupun kata-kata sepupunya tadi. Namun dia sedikit tidak membantah, ataupun tetap berkeras menegakkan hasratnya walaupun di hatinya terasa seperti di tusuk sembilu mendengar kata-kata sepupunya tadi.


Sejak dari perkenalannya dengan Kak Nur, Miftahul memang sudah banyak berubah, dulu dia memang anak yang suka melawan kata-kata ibu dan ayahnya, namun kini segalanya telah berubah. Perubahannya itu kadang-kadang menenangkan sesetengah pihak terutama ibu dan ayahnya namun ada jua yang tidak dapat terima perubahannya itu. Lalu Miftahul minta diri dan masuk ke biliknya, di tutup daun pintu selembutnya dan Miftahul menyandar ke pintu sambil air matanya gugur ke bumi lalu dia mengambil diari coretan hidupnya dan mula bertinta. Miftahul menamakan diari itu catatan seorang srikandi kerana selain Allah tempat dia mengadu segala yang tersirat di hatinya, diari itulah peneman Miftahul yang menjadi saksi pada setiap air mata yang mengalir dalam mengharungi ranjau yang penuh berduri ini. Mifathul menulis sebuah catatan yang bertajuk izinkan ku menyentuh cintaMu…

xxxxxxxxxx


‘Assalamu’alaikum ukhti, dah agak dah mesti ada kat sini, jom cepat ustazah dah lama tunggu kita untuk meneruskan perjuangan kita di Air Terjun Sri Indah pulak,’ sapa Kak Nur. Lamunan tadi tiba-tiba terhenti apabila teringat yang mereka perlu bergerak ke Air Terjun Sri Indah untuk operasi sayangi remaja sempena hari Valentime malam itu. ‘ Wa’alaikumussalam, baiklah ukhti Nur, ermM..sebelum itu, boleh ukhti tolong simpankan diari seorang srikandi ini dan jika ada apa-apa yang terjadi kat ana tolong bagi diari ini pada ibu ana ye, dan ukhti, terima kasih juga ea atas segala-galanya dan maafkan ana andai ada salah silap yang lahir dari diri yang lemah ini, jawab Miftahul sambil tersenyum, walaupun senyumannya terlindung di sebalik sehelai kain di wajahnya namun cahaya dari mata Miftahul memberitahu segalanya. ‘ Ukhti, bukan berterima kasih untuk ana tapi untuk Dia satu-satunya, sudah la anti ana tidak perlu memaafkan apa-apa kerana memang tiada apa kesalahan yang anti telah buat kat ana, jawab Kak Nur sambil tersenyum.


xxxxxxxxxx

Setelah mereka di bahagikan kawasan dan mereka mula memulakan operasi, Miftahul bersama tiga orang yang lain menuju kawasan yang telah di tetapkan.tiba-tiba mereka terdengar bunyi seperti seorang wanita menjerit dari arah tepi sungai, lalu mereka terus bergegas ke suara orang yang meminta tolong tadi. Alangkah terperanjatnya mereka, kerana terlihat dua orang lelaki sedang cuba untuk mencabul kehormatan seorang remaja perempuan.


‘ Hei!!!! Apa yang korang nak buat ni, jerit sahabat ana. Dek kerana terkejut dengan kehadiran kami, dua orang lelaki tadi terperanjat dan cuba melarikan diri pada masa yang sama kami telah mengepung mereka, tanpa berfikir apa-apa dua orang lelaki tadi merempuh kami, dan salah seorang dari mereka telah menolak Miftahul, dan tanpa sempat untuk berpaut pada apa-apa dan kaki Miftahul tergelincir dan Miftahul telah jatuh ke dalam air terjun dan di bawa arus. Keadaan tiba-tiba menjadi riuh rendah malam itu.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Keadaan di rumah Miftahul mula di penuhi orang yang datang ziarahnya, sekujur tubuh, tersenyum indah berseri seperti sedang melihat sesuatu keindahan . Tenang Nur melihat Miftahul yang telah kembali ke rahmatullah. Nur berbisik di hatinya’ Moga dirimu di tempatkan bersama para syuhadah yang lain sahabatku sayang, dan kini di sisiku sudah terbayang pengganti mu,’. Nur memegang erat tangan Saidah, insan yang kemungkinan menjadi mangsa pada malam operasi sayangi remaja di Air Terjun Sri Indah dan dia jua kini sudah menggantikan tempat Miftahul. Sebelum pulang Nur menyerahkan diari seorang srikandi kepada ibu Miftahul dengan tenang ibunya menerima diari kesayangan puterinya dan selesai solat dia membelek-belek isi diari dan terlihat sebuah catatan ‘izinkanku menyentuh cintaMu’


ibu dan ayah yang tersayang..


ibu selalu berkata pada kakak yang ibu bersyukur dengan perubahan yang berlaku, namun ibu sedarlah di luar sana masih ramai insan-insan yang malang seperti anakmu dahulu. Jika ibu berasa bahagia sekarang ini, namun tidak mahukah ibu melihat ibu dan ayah yang di luar sana jua turut bahagia. Masih ramai insan-insan yang sedang terkapai-kapai di dalam kegelapan. Mereka memerlukan pertolongan wahai ibuku. Inilah tanggungjawab yang anakmu perlu pikul. Kakak mahu mereka bahagia seperti mana kakak bahagia setelah sinar cahayaNya menerangi hidup ini.


Inilah bukti kasih sayang dan syukurnya kakak buat Allah yang telah menerangi semula jalan yang selama ini sangat gelap. Kakak rindukan wangian syurgaNya sebagai syuhadah wahai ibuku..redhailah anakmu wahai ibuku, maafkanlah segala kesalahan diri ini wahai ibu dan terima kasih kerana telah membesarkan diriku sebaiknya ibu…ibu…kakak tunggu ibu di syurga ye..
amen….


Ibumu meredhai mu wahai anakku, titisan air mata mula membasahai sejadah sambil ibu memeluk erat diari seorang srikandi..

source: http://srikandimelor10.blogspot.com/2011/01/cerpen-izinkanku-sentuh-cintamu.html

No comments: