Sunday, January 16, 2011

Indahnya Didikan Kekasih Allah PART 1

Salamullah aleikum jami'an..
bismillah..

_________________________________
Pesanan Penaja :-)

* niatkan sblm mbaca.. "aku baca post ini kerana-Mu Ya Allah, krn mharap redha-Mu Ya Allah, kerana ingin merasa kemanisan ilmu-Mu Ya Allah. terangilah hatiku Ya Allah dgn Nur-Mu Ya Allah.." amin (^_^).

* moga sama2 beroleh redha-Nya.. insya-Allah.
_________________________________




Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dirafa3kan pada Ar-Rahman yg sentiasa melimpahkan nikmat yg terhitung banyaknya kpd stiap makhluk ciptaan-Nya. pada waktu ini (4.56 ptg), dapat lagi sy berkongsi dgn sahabat2 semua dgn satu pengisian yg,alhamdulilah , terpilih diri ini utk mperolehinya pada 12 jan 2011 yg lalu tepat jam 9.24 mlm di Dewan Persidangan Fakulti Bahasa & Linguistik UM. pengisian disampaikan oleh ustaz Hj Mohamad Fauzan bin Hj Madzlan, pengarah MANTOP training consultancy & pensyarah ukm..




NOW.. IT'S TIME TO SHARE!! :)




mgkin agak lambat dpt post sbb kekangan waktu yg padat lagi mhimpit menambah sesak dada dan fikiran memikirkan masa hadapan.. tp xpelah. insyaAllah, Biar Lambat Asal selamat kn?? ^_^




perjalanan yg mengambil masa kira2 10-15 minit dr kolej kediaman, dalam gelap malam yg sedikit lembab ikutan hujan renyai2 yg turun, nikmat Ilahi, alhamdulillah, kuliyyah ilmu y disifatkan sbg "raudhatul jannah", yang disampaikan oleh ust. Fauzan sgt2 mengetuk qalbu yg sgt2 kabur ttg sirah Nabawiyyah. astaghfirullah. sama2 insafi diri..




" ade 2 je jalan kita di dunia ni adik2 sekalian. syurga atau neraka. die xde jalan syurga, jalan neraka, jalan2 cari mkn..xde.. " tergelak semua hadirin apabila ustaz mulakan bicara. mmg sgt pandai ustz menarik perhatian kami.




" bila ustaz kata 'PERHATIAN', ustz nak kamu sebut ALLAH. boleh? PERHATIAN.." ustz melanjutkan bicara. " ALLAH", jawab kami. keadaan ini berlanjutan buat seketika krn ustaz nak kami sntiasa fokus dgn apa yg diungkapkannya. sekali lagi kagum dgn kaedah ustz. ^_^. ALLAH sentiasa dihati insyaAllah.




dimulakan dengan sepotong hadis junjungan besar Nabi saw yg mafhumnya:
(( beruntunglah org yg sempat melihat aku dan beriman dgn aku. dan beruntunglah, beruntunglah, beruntunglah org yg x sempat melihat aku, tp dia beriman dgn aku. ))




mengulas hadis ini, ustaz mberitahu golongan yg dimaksudkan dgn golongan yg sempat melihat baginda Rasulullah saw dan beriman dgn baginda..manakala golongan yg seterusnya pula ialah golongan yg x sempat dgn baginda.
ustaz mengingatkan kita semua bahawa sesungguhnya NAbi saw sendiri mgaku betapa beruntungya kita umat terkemudian yg x sempat menatap wajah suci baginda tetapi masih tetap beriman dengan baginda. masyaAllah.. Allahuakbar..




ustaz meneruskan kalamnya yg sarat hikmah. kali ini, statistik semasa dihidangkan kpd kami. Drpd tahun 1980-an hingga hujung 2010, kira2 470 000 anak tak sah taraf (anak luar nikah) direkodkan bilangannya. 45-50% drpd jumlah besar ini, ternyata ibu mereka terdiri drpd golongan muslim sendiri. masyaAllah, sgt terkilan.. shabab Islam harapan kita terjerumus dlm masalah ini. alangkah sedih dan sadisnya realiti sekarang.




TERCALARNYA MARUAH ISLAM.. TAK TERASA APA2 KAH DLM HATI KITA YG MGAKU BERIMAN KPD ALLAH DAN RASULNYA NI???? astaghfirullah. muhasabahlah duhai jiwa..




ustaz menyingkap pengalamannya ketika menjadi pengarah ekspedisi dakwah pada mlm tahun baru. kejadian ini berlaku di shah alam. kata ustaz, yg bagusnya shah alam ni, xde pub. cuma yg x bagusnya banyak hotel bajet.. ha.. faham2lah kami maksud ustaz mengenai "hotel bajet" tu..




~dlm sebuah bilik hotel~
_______________________
pihak ekspedisi: apa kamu buat ni? dah kahwin?
lelaki : saya org cina abg.
_______________________




mudah lelaki itu menjawab, apabila dia ditangkap berdua2an dgn sorg wanita dlm bilik tersebut. setelah diperiksa identitinya, terbukti lelaki yg mengaku dirinya cina td sbnrnya org melayu klantan. ORG MELAYU!! MUSLIM!! astghfirullah.. menipu utk mbenarkan perlakuan zinanya? sgt memalukan...




Nabi saw bersabda (mafhumnya):
(( Islam itu bermula sbg asing dan akan kembali menjadi asing sbgmana ia bermula maka beruntunglah org2 yg asing itu.))




jadi, jgn peliklah kalau hanya sedikit org yg hadir dlm majlis ilmu, sedikit je org nak pegi usrah, sikit je org nk gerakkan gerak kerja Islam.. sbb nabi dah sebut.. Islam akan kembali mjadi asing..

ADAKAH KITA TERGOLONG DLM YG ASING ITU??? tepuk dada tanya iman..




Baginda Nabi saw prnah diletakkan perut unta yg berat pada tgkuk baginda ketika baginda sedang sujud dlm solat oleh Abu Lahab dan Abu Jahal sehinggakan anakanda baginda yg sgt disayangi merayu kpd Abu Lahab dan Abu Jahal supaya jgn menyeksa ayahandanya tercinta. Btapa seorg kekasih Allah itu sgt besar ujiannya, cabarannya demi menegakkan kalimah LA ILAAHA ILLAHHAH. seorg yg telah dijanjikan syurga.. begitu sekali pengorbanannya..




kita???? apa kita dah buat demi Islam ?? ada?? astaghfirullah.. sungguh kita ini tak ada apa2nya utk Allah pandang. tapi.. Allah x sekejam itu. Allah bagi peluang pada kita..pastu, dgn peluang yg kita ada, apa kta buat? kita grab ke?? kita sia2kan ke?? tolonglah.. sama2lah kita cek diri kita ni. apa yg kita nak bentang nnt bila Allah tanya apa jasa kita dlm Islam spanjg hayat di dunia.. apa?? ...




saya tinggalkan persoalan ini utk post kali ini.. moga bertemu di post berikutnya.. (^_^)
nantikan sambungannya..




post akan dtg akan lebih mngisahkan sirah para sahabat.. ustaz ceritakan pelbagai kisah yg mgkin kita sendiri x pernah tahu wujudnya kisah tu.. buat masa ni, sampai sini dahulu ye shbt2. ini sahaja kesempatan yg Allah bg utk sy update blog ini..




BIAR SEDIKIT ASALKAN ISTIQAMAH.. sama2 kita pegang kta2 ini..




wallahua'alam..

to be continued....

No comments: