Monday, January 31, 2011

Indahnya Didikan Kekasih Allah PART 2

Bismillah.

Salamullah aleikum jami’an.

Alhamdulillah, midsem exam dah selamat dijalani dgn izin-Nya. Moga natijahnya baik. Amin.
Insya-Allah, nikmat masa lapang yg Allah kurniakan ini akan sy gunakan sebaiknya demi mbantu agama-Nya. Time for “blog dakwah”ing.. (^_^)

p/s penaja:

Mulakan pembacaan anda dgn lafaz ta’awwuz dan basmallah disertai dgn niat “LILLAHITAALA”. Moga ganjaran baik milik kita. Fatahallah aleikum.*

* (teringat doa ustaz Lutfi kpd pelajar2nya dlm kelas BA)

Sambungan drpd post INDAHNYA DIDIKAN KEKASIH ALLAH PART 1. Selama mbaca (^_^)

___________________________________________________________________

Menyoroti sirah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dlm berjuang. Hasil didikan yg sgt indah.


# Kisah Hijrah Nabi S.A.W

Kisah ini sgt femes dlm kalangan umat Islam. Inilah episode keramat yg melebarkan jalur dakwah ke Madinatil Munawwarah.
Ustaz Fauzan bertanya kpd kami-kami yg hadir.

“Siapakah yg mengasaskan calendar hijrah?? (tibe2 ade moment of silent. Biasalah, sume segan nak jawab.hi~). Adik2? Nampaknya ustaz syok sendiri lah ni,” ustaz berseloroh.
Mengundang tawa hadirin yg “pemalu”..tett!

Saidina Umar Al-Khattab r.a. Hasil didikan Rasulullah s.a.w. Sgtlah dikagumi ketokohan beliau. Beliaulah pengasas kpd penghasilan kalendar hijrah. Beliaulah yg membuka kota Palestin sbg sebuah negara Islam. Beliau juga merupakan khalifah yg telah berjaya menghantar seorg da’ie yg hebat utk menyebarluaskan sayap dakwah Islamiyyah ke negara China iaitu Sa’ad bin Abi Waqas.

Pelbagai sumbangan telah Saidina Umar lakukan demi cintanya pd Allah dan rasul-Nya.kalau diikutka, dah cukup sgt dah pengorbanan dan sumbangan beliau terhadap Islam. Namun begitu, beliau masih merendaah diri. Fahami kata2 beliau apabila ditanya oleh seorangg sahabat tentang sumbangannya yg banyak itu.

Umar r.a:

“ Wahai sahabatku, walaupun aku sudah berbuat banyak perkara demi Islam tp aku rasa aku masih kurang berbanding Abu Bakar.”

Lihatlah bagaimana prinsip seorang sahabat yg telah dijanjikan syurga dalam menjalani kehidupan, hasil tarbiyyah kekasih Allah. Hanya akhirat yg dicita-citakannya. Fastabiqul Khairat!!!!

Mengapa tarikh yg dipilih utk memulakan kalendar Islam ialah sebermula peristiwa hijrah nabi s.a.w?” soal Ustaz Fauzan.

Sekali lagi pertanyaan ustaz dijawabnya sendiri. Hihi. Faham2lah (^_^)

Ustaz pn bercerita. Pada mulanya idea kalendar Islam itu dibentangkan, terdapat pelbagai cadangan daripada sahabat2. Ada yg mencadangkan kalendar itu bermula pada waktu kelahiran Nabi SAW. Dgn alasan, pada tahun itu pelbagai peristiwa hebat berlaku. Contohnya api majusi yg marak menyala selama beratus2 tahun dan menjadi sembahan kaum di sekitarnya ketika itu akhirnya padam apabila lahirmya Muhammad saw ke dunia. Peristiwa tentera bergajah yg diketuai Abrahah juga berlaku pd tahun yg sama (tahun gajah). Bukankah peristiwa ini sgt besar utk dijadikan sbb bermulanya Islam??

Ada juga yg mencadangkan tarikh baginda Nabi saw diangkat menjadi rasul utk dijadikan tarikh pmulaan kalendar hijrah.

Namun kedua2 cadangan ini x terpilih. Tarikh peristiwa hijrahlah yg terpilih kerana ketika itulah tarikh pmulaan perkembangan dakwah Islam.


# Menyelami kisah kecintaan Abdullah bin Omar kpd kekasih Allah, Muhammad saw.

Dalam sebuah kisah diceritakan, ketika Abdullah bin Omar bermusafir melalui jalan yg sama yg pernah dilalui badinda nabi SAW, beliau meminta kpd mereka yg bersama2 dgnnya ketika itu utk berhenti sebentar di sebuah kawasan. Kemudian beliau hilang dari pandangan mata buat seketika. Mereka yg ada bersama beliau ketika tu sangat pelik dgn perlakuan Abdullah bin Omar itu. Lalu apabila Abdullah kembali kpd mereka, mereka bertanya apakan sebab beliau bkelakuan sedemikian?

Lantas Abdullah bin Omar menjawab,

“ Aku pergi qada’ hajat di tempat Rasulullah saw pernah qaa’ hajat dulu.”
Masya-Allah. Besar sungguh cinta insan bernama Abdullah bin Omar ini kpd baginda nabi SAW.
Sehinggakan selepas nabi SAW wafat, beliau berdoa kpd Allah supaya beliau dimatikan juga kerana beliau x sanggup utk meneruskan hidup tanpa Rasulullah SAW di sisi. Namun doa beliau tidak dimakbulkan Allah krn ilmu yg ada dalam dada beliau sgt banyak dan ilmu itu sgt berguna demi memastikan kelangsungan dakwah Islam tersebar luas di muka bumi Allah ini.


# Tuntutan qisas terhadap Rasulullah saw dalam Perang Badar Al-Kubra.

Sedang kekalutan peperangan dalam Perang Badar al-Kubra, musyahid Islam bernama Sawab bin Aziah telah meminta hukuman balas daripada baginda nabi SAW.

Telah bangun Sawad bin Aziah ini lantas berkata:

“ Wahai Rasulullah saw, engkau diutuskan untuk kebenaran. Maka aku inginkan qisas! Dulu engkau pernah memukul kudamu utk menggerakkannya namun engkau x sedar yg engkau pkul itu adalah aku ya RAsulullah. Maka aku inginkan qisas!”.
Terkejut para sahabat mendengar permintaan Sawad yg dirasakan x munasabah.
Melihat baginda nabi bersedia utk dihukum balas, para sahabat satu persatu tampil demi mpertahankan baginda. Masing2 ingin menggantikan tempat baginda utk diqisaskan. Mereka x sanggup melihat tubuh mulia baginda nabi SAW diqisas hanya kerana baginda dalam keadaan tak sengaja terpukul Sawad ketika itu. Namun Sawad tetap berkeras ingin meng”qisas” baginda nabi SAW.

Malah, beliau berkata lagi:

“ Ya Rasulullah. Dulu engkau memukul aku dalam keadaan aku tidak berbaju. Maka, aku inginkan yg sama daripadamu.”

Melihat Rasulullah saw membuka baju baginda sbg tanda bersedia utk di”qisas”kan, semua yg ada ketika itu menangis. Sungguh mulia akhlak RAsulullah saw. Sawad bersedia utk menjalan hukuman qisas kpd baginda nabi saw. Beliau menghampiri Rasulullah saw lantas memeluk tubuh suci baginda. Semua yg hadir bertambah hairan dgn perlakuan Sawad itu.

Lalu Sawad berkata:

“ Wahai Rasulullah, aku dapat rasakan hari ini hari terakhirku. Aku akan syahid. Maka aku nak sangat sentuh kulit engkau dengan kulit aku semasa hari terakhirku ini. X mgkin aku sanggup utk mengqisas engkau duhai nabi.”
Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Lihatlah insan2 hebat yg lahir dari rahim didikan kekasih Allah. Subhanallah!


# Ustaz menyambung bicara dgn mengisahkan Bilal bin Rabah yg kita sedia maklum, muazzin pertama yg melaungkan kalimah suci azan.

Selepas wafatnya Rasulullah saw, Bilal berhijrah ke
Syria. Beliau x sanggup utk terus tinggal di Makkah kerana hiba asyik teringatkan Rasulullah saw.

# Kemudian, kami diingatkan pula dgn kisah syahidnya insane bernama Sumayyah kerana mempertahankan kalimah LA ILAHA ILLALLAH.

Ustaz turut menjamu mata kami dgn tayangan video Arab ttg sirah perjuangan Rasulullah saw dan musyaahidin Islam.

Seterus, ustaz menerangkan kpd kami intipati didikan Rasulullah.


Tarbiyyah Rasulullah SAW

1. MELETAKKAN AKHIRAT LEBIH UTAMA BERBANDING DUNIA.

قال تعالا: ياأيها الذين أمنوا هل أدلكم على تجارة
Ustaz Fauzan ada mnyebut dialog sahabat yg dtg menyahut misi jihad dalam bilangan yg sedikit kpd seteru mereka, Rastam Panglima Parsi dan tenteranya yg ramai, dlm menegakkan agama Allah.
“ Kami datang bukan untuk hidup, tapi untuk mati.”

Inilah ungkapan susuk tubuh insan2 yg menerima tarbiyah Rasulullah saw. Hebat sungguh. ALLAHUAKBAR!!!

P/S: Marilah kita sama2 invest dalam perniagaan dgn Allah..

2. TAQWA KEPADA ALLAH – BERAMAL KERANA ALLAH

قال تعالا: الذي خلق الموتى والحياة ليبلوكم أيّكم أحسن عمالا
Ustaz Fauzan menceritakan kisah Abad bin Bish pada kami. Tahap ketaqwaan hamba Allah ini masyaAllah hebatnya. Ketika beliau solat, beliau telah dipanah oleh musuh Islam namun, beliau x sedar pn hakikat badannya telah tertusuk anak panah.

Kata beliau, beliau sgt khusyuk menghayati ayat suci Al-Quranul karim shingga x sedar dipanah musuh. Subhanallah.

Para pembaca yg dikasihi Allah, DIMANAKAH KEDUDUKAN TAQWA DALAM DIRI KITA?? Sama2lah kita insafi diri.

3. MELETAKKAN CINTA KEPADA NABI LEBIH DARIPADA SEGALANYA

قال النبي صلى الله عليه وسلم: ثلاثة من كن فيه وجد حلاوة

“ Adik2, marilah kita sama2 cek dalam diri masing2, ada x halawatul iman kepada nabi SAW?” Ustaz Fauzan melontar persoalan. Tersentap hati2 yg masih dlm proses mngenal Rasulullah terutamanya diri yg hina ini.

Hadis di atas menyatakan 3 perkara perlu ada utk mcapai kemanisan iman, iaitu:-


I. Orang yg meletakkan cinta Allah dan rasul lebih utama berbanding keluarga.
II. Orang yg tidak mengasihi orang lain melainkan kasihnyanya itu kerana Allah.
III. Orang yg benci utk melakukan maksiat kpd Allah seperti dia takut akan azab Allah; neraka.
4. MELETAKKAN ASAS KEFAHAMAN DALAM PERJUANGAN
قال تعالا: ولا تقف ما ليس لك به العلم
Sahabat2 tahu dan faham apa vision yg nabi bawa. Jdi, mudahlah bg mereka meneruskan perjuangan bersama2 Rasulullah saw, bahkan selepas kewafatan baginda.



APA AKAN JADI TANPA TARBIYYAH KEKASIH ALLAH INI??

· Kita xkan dpt rasa nikmat Islam pd hari ini.

· Jahiliyyah terus berlaku:-
o Apabila si bapa meninggal dunia, si anak boleh buat 2 pilihan sama ada dia bleh kahwin dgn ibunya sendiri (law dia tgk, mummy die tu cantik-menarik-tertarik-kau-mmg-de-bomb lagi, die bley je kawin ngan mummy die tu) atau pn si anak boleh jual je ibunya itu sbg hamba (anak ape nak jual mak seniri. astaghfirullah).


Maka, BERSYUKURLAH KITA DGN USAHA DAKWAH RASULULLAH S.A.W. DAN PEJUANG2 ISLAM TERDAHULU. MARILAH KITA SAMA2 MEMUPUK KESEDARAN DEMI SAMA2 MENJADI PENYAMBUNG PERJUANGAN MEREKA. TAKBIR!!! Allahuakbar.


SEKARANG… APA KITA KENA BUAT???

1. Tuntut ilmu selagi ada kudrat di badan. Jadilah ilmuwan Islam. insyaAllah.

2. Ikutlah usrah. (Nabi pun mulakan gerakan Islam dgn usrah secara rahsia. Kita??? Ada ikut ke usrah? Bila ada usrah berat je nak g. bile xde Alhamdulillah. Astaghfirullah. Kita perlu berubah. Berubah kea rah kebaikan! Start now!!! )

3. Hidupkan majlis ilmu. ( x nak ke kita berada dlm satu drpd taman2 syurga itu??? Luangkanlah sedikit masa demi kbaikan kita di alam sana)

4. Hidupkan biah solehah. (suasana solehah)
___________________________________


“ SETIAP BANI ADAM ITU BERDOSA DAN SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERDOSA ADALAH ORANG YANG BERTAUBAT. ”

No comments: