Jamu Mata : Muslimah Attires
Friday, August 6, 2010
RAMADHAN DR PERSPEKTIF KESIHATAN – Permulaan Gaya Hidup Sihat
Bismillah, dgn nama Allah..
SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA
Alhamdulillah, pd hari rabu, 4 Ogos yg lepas, diri ini telah terpilih utk mhadiri sebuah kuliyah ilmu bertempat di Dewan Kuliyah Angsana Fakulti Bahasa Dan Linguistik UM dari 9.30-11.00 mlm. Kuliyah yg sarat info, sarat hikmah dan sgt bermakna ini disampaikan oleh seorg dentist muslimah, Dr. Rosni, yg juga merupakan pensyarah sambilan di UPM, dan turut menyandang jawatan Presiden Nisa’ Malaysia. Beliau memiliki sbuah klinik sendiri tapi maaf, lokasinya lupa. Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki. Bekas graduan UM ini sgt petah bicara, tak hairanlah suara beliau sering berkumandang di radio IKIM fm. Slot utk ramadhan sewaktu sahur iAllah akan dikendalikan oleh beliau dan teman2. Jemputlah dgr ye.
(^_^)
* Maaf jika t’silap info. Based on memory. Harap maklum.
Allah SWT berfirman : “Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf : 108)
Sabda Nabi SAW: “Sampaikanlah olehmu walau sepotong ayat” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bdasarkan dalil di atas, marilah bersama2 kita berkongsi ilmu. IAllah balasan baik di dunia juga di akhirat buat semua.
Hadith Nabi Muhammad SAW: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)
Prinsip Asas Gaya Hidup Sihat
1. Pendekatan menyeluruh merangkumi aspek:-
• Spiritual
• Mental
• Emosional
• Fizikal
2. Kebersihan – prinsip “ Kebersihan separuh drpd iman ”.
3. Pemakanan – prinsip “ طيّبا حلالا ” :-
• Gizi seimbang
• Dimasak daripada air tgn seorg muslim/ muslimah kerana roh drpd tukang masak akan mpengaruhi gelombang drpd dirinya kpd masakannya seterusnya kpd org yg makan mskn tsebut.
4. Pencegahan lebih baik daripada mengubati.
*selingan – TIADA WARRANTY/ GUARANTY KASIH SAYANG MANUSIA, HARI INI MUNGKIN DIA SAYANG KITA, TAPI UNTUK ESOK DAN SETERUSNYA, BOLEHKAH KITA PASTIKAN DIA AKAN MASIH MENYAYANGI KITA?? RENUNG2KAN..
1. Hikmah Ramadhan
1. Taqarrub diri dgn Allah.
2. Dpt bersihkan jiwa.
3. Dpt didik diri utk b’kasih syg.
4. Ddik diri utk sntiasa bsyukur dgn nikmat Allah Yg Maha Pemurah.
5. Didik diri utk mgawal nafsu.
KPI daripada Rasulullah SAW:
• Kita mendoakan org yg kita dengki.
• Sabar dgn org yg kasar dgn kita.
• Balas pbuatan jahat org kpd kita dgn kebaikan.
2. Ramadhan Mampu Mbuat Perubahan Rutin Seharian
1. Baik utk memulakan sesuatu yg lebih baik.
2. Hijrahkan diri, cth:-
• B’azam utk quit smoking.
• B’azam utk x bgun lambat (latih dgn bgun awal dgn bsahur).
3. Ibadah puasa:-
• Tahan makan minum.
• Tahan pendengaran dari mdgr pkara yg x baik.
• Tahan lidah drpd bkata pkara buruk.
• Tahan marah.
4. Secara Psikologi:-
• Ubah rutin hidup.
• Aktiviti baru yg baik.
• Tempoh sebulan puasa – bentuk tabiat baru yg baik.
Rutin Puasa Dan Hikmah Saintifiknya
1. Niat
Niat pada waktu malam.
Hikmahnya:-
1. signal dari otak dihantar ke seluruh sel2 badan, jd, badan akan bsedia pd keesokan harinya utk bpuasa.
2. Law Of Interaction, niat baik itu akan mjdkan cas2 positif dlm badan.
2. Sahur
Keperluan makan awal pagi.
Hikmah lewatkan sahur:-
1. Menyamai sarapan.
2. Kajian Pusat perubatan Harvard:
a) Apabila kita bangun tidur, badan kita mhadapi hypoglasimia (tahap glukosa(gula) dalam darah berkurangan).
b) Jika kita x makan (sarapan), tiada nutrient dlm badan.
c) Ini akan lead kepada masalah kesihatan spt gastric dsb.
Sahur mbezakan puasa org Islam dgn bukan Islam.
*PESANAN – JANGAN SKIP SARAPAN! KAJIAN MENUNJUKKAN ORG YG MENGAMBIL SARAPAN PAGI TIDAK AKAN GEMUK.
3. Berbuka
Segerakan berbuka.
Jenis makanan; tamar/ makanan manis.
Hikmahnya:
a) tamar mempunyai gula ringkas (glucose & fructose).
b) Jd, tamat membekalkan tenaga segera.
c) Kadar penyerapan thdp gula ringkas ini adalah tinggi.
*PESANAN- SEELOK2NYA SOLAT MAGHRIB DLU, BARU MAKAN MAKANAN BERAT. KAN DH MKN TAMAR?? (^_^)
Menjamu orang.
Hikmahnya:
a) Sihat emosi. Xde org jamu tetamu dgn prasaan marah.
b) Terapi stress.
c) Hadith Nabi SAW (mafhumnya): jika seseorang itu memandang sahabatnya dgn pandangan kasih saying. Maka akan diampunkan dosa2nya. (Subhanallah, Maha Pemurahnya Allah).
4. Bersugi
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:
“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)
5. Solat
Kesihatan spiritual.
Terapi minda.
Mantapkan sendi.
Meditasi- kawal tekanan dan lebih ceria (gelombang theta).
Tingkatkan system ptahanan badan.
Pergerakan dalam solat, cth : solat.
a) Sujud
• Ikut gravity, oksigen lebih mudah sampai ke otak.
• Jantung tinggi drpd kpala, mudahkan darah mgalir ke otak.
• Jd, otak mjadi cergas dan focus.
• Kajian drpd seorg saintis Barat menyatakan utk menyahcaskan cas2 negatif dlm badan, “place your forehead to the earth towards the centre of earth”. Ini membuktikan amalan sujud mampu mnyahcaskan cas negative dlm badan dan arahnya Makkah, Kaabah (setelah dikaji cntre of earth=Makkah)..subhanallah!!!
Info Tambahan= di Indon, mrka dah mula aplikasikan gerakan solat dalam senaman.
6. Terawih.
Setiap rakaat solat mbakar 10 kalori.
Meningkatkan kesihatan otot dan sendi.
* TERAWIHLAH SENAMAN KITA TIME RAMADHAN.. MASA SIANG LETIH BPUASA KN? TIME MLM BLEHLAH EXERCISE!!!
7. Qiamullail
Sihat spiritual – taqarrub(dekat) dgn Allah.
Terapi stress.
Waktu sepertiga malam, kajian menunjukkan kandungan oksigen berada pada tahap paling tinggi dalam udara.
8. Tadarus Al-Quran
Menguatkan memori.
Mengurangkan risiko nyanyuk.
Mengaktifkan neuron2 otak/ sinaps.
Terapi stress.
* Info tambahah – ORG YG BUAT MULTI-TASKING MENGAKTIFKAN SELURUH NEURON OTAKNYA
9. Sedekah
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ وَالْكَـظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَـفِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
(Ali Imran: 134)
Maksudnya: (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
10. Zakat
‘Helper’s high’- the satisfaction people get from volunteering can cause a rush of euphoria, followed by a longer period of calm.
Kesan psikologi – sihat minda/ emosi.
Mbangkitkan aura positif (rasa ingin mbantu golongan yg memerlukan).
Manfaat Fisiologi Puasa
Kongres Antarabangsa Casablanca 1996 : Kesihatan Dan Ramadhan
50 kajian telah dibentangkan.
4 fadhilat puasa drpd aspek kesihatan:-
1) Turunkan kandungan gula dlm darah.
2) Turunkan tekanan darah.
3) Turunkan lipid darah.
4) Maaf semua, x smpat salin yg ke-4.
Jangka masa puasa yg pendek tidak memudaratkan kesihatan malah mampu mcegah dan mnyembuhkan pnyakit.
Puasa Dan Detoksifikasi
Dr. Mac Fadon dr Amerika Syarikat menyatakan:
“ Puasa seperti tongkat ajaib yg dpt mnyembuhkan pnyakit yg mbabitkan perut ”.
Puasa mbuang toksid.
Puasa mbersihkan nafas.
Alhamdulillah, semoga pkongsian ini dpt mberi manfaat bg setiap pasang mata yg mbacanya. Semoga balasan baik Allah mjd milik kita di dunia dan di akhirat. Jazakumullahu khairan..
Maafkan segala kesilapan, kesalahan tatabahasa, perojakan bahasa dsb yg disedari mahupun yg x. ayat2 ni sume karanganku, bkn 100% sperti yg disampaikan Dr. Rosni. Kalau ade info yg salah, hrp dpt btulkan ye.. wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment