Monday, December 6, 2010

Halaqah Hijrah

salamullah aleikum jami'an..


Alhamdulillah pada hari ini, bertemu kita di lembaran tahun baru hijrah.. nikmat dan rahmat AllAh mnjadi pendamping setia semua umat. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..


Sempena maal hijrah, alhamdulillah,telah diadakan sebuah halaqah istimewa bersama k.Pija (seorg pelajar master) di musolla.. kasih sayang Allah yg menautkan hati2 kami dlm majlis ilmu tersebut sgt luar biasa sekali apabila semua yg hadir sama2 berasa seakan-akan kami mendapatkan khidmat sauna secara percuma.. masyaAllah.. semoga balasan baik milik kita.. i-Allah.. amin~


sedikit perkongsian bersama sahabat2 bloh sekalian..


setinggi2 penghargaan dan terima kasih buat k.pija di atas perkongsian yg sgt bermakna wlaupun didatangkan Allah dgn sedikit ujian apabila tyr motosikalnya kekurangan angin ktika otw ke musolla. Alhamd, k. pija smpai dgn slmt. Ss Allahlah sebaik2 penjaga..


*(teks di bawah adalah isi penting dr pkongsian k.pija, juga ada tambahan serta olahan ayat dr penulis. sbrg kekhilafan harap diperbetulkan n dimaafkan).


bismillah.. dimulakan dgn salam sbg pembuka bicara..


Usai merungkai definisi hijrah iaitu turning point; titik perubahan,dan mengikut sejarahnya inilah tarikh berhijrahnya Nabi Muhammad SAW bersama para shbt serta muslimin yg lainnya dr Kota Makkah ke Madinah, k.pija mengatakan "perkara yg paling susah antara perkara2 yg susah utk dilakukan makhluk yg bergelar manusia ialah berubah ke arah kebaikan."


Maka kami didedahkan dgn formula utk berubah ke arah khair..


1) carilah sahabat yg baik. carilah shbt yg fhm kita, sperti fahamnya Saidina Abu Bakar thdp kesayangan beliau, baginda nabi SAW.


2) perancangan yg baik. kita mestilah merancang kmudian disusuli dgn keazaman yg tinggi utk mlakukan perubahan itu. Ss gagal merancang, merancang kegagalan.


3) carilah suasana atau keadaan yg baik. saran k.pija, jika mahu cari kawan yg baik, turunlah ke musolla. Carilah biah solehah. wujudkan biah solehah. cthnya, suasana majlis ilmu, suasana usrah dll.


4) positive thinking. kita haruslah mbuat dream yg spesifik yg jelas ke arah kbaikan. buat time-bound utk dream anda tersebut. k.pija sempat bercerita pengalaman beliau bsama shbt yg lain.. terdapat shbt perempuannya ditanya oleh seorg doktor ttg dreamnya. dan shbtt ini sgt pasti akan dreamnya iaitu "aku ingin berkahwin dgn Tarmizi(bukan nama sebenar) pd tahun hadapan (time-bound yg dibuatnya)." nk dijadikan cerita, pada tahun hadapannya, Allah makbulkan dream bliau dan akhirnya bliau berkahwin dgn pemuda bnama Tarmizi. Nk diceritakan di sini, "d power of dream".. bila kita yakin dan berusaha utk mdapatkannya, iAllah Allah perkenankan. jdkan mati syahid sbg dream kita, mudah2an Allah pkenankan. siapa yg x mahu husnul khatimah, sahabat2?? ...


5) letakkan seluruh kebergantungan kita kpd AlLah Taala. yakinlah bhwa hanya Allah yg memegang hati2 kita. "kun fayakun!". dan percayalah, bahawa segala yg Allah takdirkan terjadi pada kita adalah ketentuan yg terbaik sarat hikmah yg Allah pilih utk kita. mgkin hikmahnya kita x nampak terus, mgkin ianya hikmah yg long-term skit sampai pd kita. maka bersabarlah!
pd setiap mata yg mbaca. amik iktibar dr kisah lalu. MARI BERUBAH KE ARAH YG LBIH BAAIK>


alhamdulillah, setakat ini sahaja perkongsian kpd semua (yg sy smpt salin, n dapat tgkap dr k.pija).
Semoga pkongsian ilmu ini mberi manfaat kpd semua. Salam maal hijrah!!!

wasslam