Friday, December 17, 2010

Jika Dia Untuk Ku.. Cerita Seorang Isteri Part 1

Effa memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.


2.00 pagi. “Effa, Effa bangun sayang”. Khairil mengejutkan isterinya.


“Eh! abang dah balik, maaf Effa tertidur, abang nak makan?” Tanya Effa. “


“Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas”. Jawapan yang cukup mengecewakan Effa. “Arrggh rindunya Effa pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Effa masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang,” luah Effa dalam hati.


“Abang naiklah dulu Effa nak simpan lauk dalam peti ais dulu”. Pinta Effa sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Effa ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Effa menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.


Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap. “Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Effa”, bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Effa pada abang. ” Effa rindu nak peluk abang, Effa nak kucup abang, Effa rindu abang”.


Selesai solat subuh Effa panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Khairil tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Effa kejutkan Khairil, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Effa keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.


“Assalamualaikum”, sapa Khairil yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. “Waalaikumsalam, sayang”. Effa cuba bermanja sambil menambah, “abang nak kopi atau teh?” Effa tetap kecewa apabila Khairil hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada ‘presentation’ dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Effa dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Effa menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu “Abang, Effa belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Effa”, kata Effa selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Effa pada abang.


“Ril, semalam pukul berapa kau balik?” tanya Zikri. “Dekat pukul 2.00 pagi”. Jawab Khairil acuh tak acuh. “Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau”. Zikri bergurau nakal. “Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00″, aku balik pun bini aku dah tidur. “Balas Khairil.


“Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Effa ke?”. Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.


“Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Effa, kami tak bergaduh tapi entahlah”. terang Khairil.


“Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?”. Usul Zikri.


“Ok.” Ringkas jawapan Khairil sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.


Effa membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Khairil. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Effa teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Effa menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Khairil, bukan satu tempoh yang pendek. Effa bahagia sangat dengan Khairil, Cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Effa sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Khairil. Makin laju air matanya mengalir.


“Abang sanggup menerima Effa, abang tidak menyesal?”. tanya Effa 5 tahun yang lepas.


“Abang cintakan Effa setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Effa dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Effa,”. Janji Khairil.


“Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?”. Tanya Effa lagi.


“Syyy… doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri”, Khairil meyakinkan Effa.


Effa masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Khairil dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja.


Tapi Khairil yakin Effa mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Effa tidak salahkan Khairil sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Effa masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Effa sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Effa pada abang.


“Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Effa, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi…” ayat Khairil terhenti disitu.


“Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri.


“Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya”, terang Khairil.


“Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas Zikri.


“Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Effa sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan ” Jelas Khairil.


“Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, “apa kata korang ambil saja anak angkat?”


“Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup”. Ujar Khairil.


Effa masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Khairil dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.


Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini… aarghh rindunya Effa pada abang.


Effa tahu Khairil pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Effa menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Khairil. Effa masih tidak menaruh syak pada Khairil, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Khairil bila dia pulang malam nanti, tapi Effa takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Effa pada abang.


“So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?” Tanya Khairil pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.


“I ikhlas Khairil, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you”. Zati berterus terang. Lega hati Khairil, tapi Effa?


“Abang Effa tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja,” adu Effa pagi tu, sebelum Khairil ke pejabat.


“Ye ker? Ambil duit ni, nanti Effa call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Effa ni.” jawapan Khairil yang betul-betul membuatkan Effa mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Effa sakit demam Khairil sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Effa. Arrgghhhhh rindunya Effa pada abang.


Disebabkan Effa terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.


Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Effa menangis lagi.


Malam tu, seperti biasa Khairil pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Effa masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Khairil. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Effa pada abang.


Apabila Khairil selesai mandi dan tukar pakaian, Effa bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.


“Abang, Effa nak cakap sikit boleh?” Effa memohon keizinan seperti kelazimannya.


“Effa, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih,” bantah Khairil.


“Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Effa tak berpeluang abang”. ujar Effa dengan lembut.


“Eh.. dah pandai menjawab,”perli Khairil.


Meleleh air mata Effa, dan Khairil rasa bersalah dan bertanya apa yang Effa nak bincangkan.


“Kenapa abang terlalu dingin dengan Effa sejak akhir-akhir ni? Tanya Effa.


“Effa, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?” Khairil beralasan.


Effa agak terkejut, selama ini Khairil tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya,


“Dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Effa, tapi sekarang?” ujar Effa.


“Sudahlah Effa…….. abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada”, bantah Khairil lagi.


“Sampai hati abang, abaikan Effa, Effa sedar siapa Effa, Effa tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Effa terus bercakap dengan sedu sedan.


“Sudahlah Effa abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul…”


Pagi tu, Khairil keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Effa dan tanpa suara pun.
Effa makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.


Malam tu Khairil terus tidak pulang ke rumah, Effa menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Effa risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Khairil bila dia kembali. Effa masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Khairil muncul dan Effa terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Khairil hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Effa kecil hati dan meminta Khairil pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Khairil. Khairil sekadar mengangguk.


Tetapi malam tu Effa kecewa lagi. Khairil pulang lewat malam. Demam Effa pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Khairil dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

.............to be continued..................

3 comments:

Bint Mohammad said...

salam...jangan lupa sambung cerita ni yer,,,ana tunggu...

إبتسام فاهمة الدين said...

dah ada sambungan..syukran ye sudi mluangkan masa mbaca..

Bint Mohammad said...

afwan...:)