Monday, August 2, 2010

Solatlah dengan sempurna

SOLAT

Abdullah Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Islam tertegak atas lima rukun: Bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya; mendirikan solat; membayar zakat; mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.”

Agama Islam diibaratkan rasulullah SAW sebagai sebuah khemah yang disokong lima batang tiang. Tiang tengahnya adalah Kalimah Syahadah. Empat tiang lagi adalah tiang sokongan iaitu satu tiang pada setiap penjuru khemah. Tanpa tiang tengah, khemah tidak akan tertegak manakala tanpa tiang sokongan di penjuru maka runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu. Kini, marilah kita melihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah telah kita tegakkan agama Islam itu? Benarkah setiap tiang telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?.

Lima tiang agama yang tersebut dalam hadis ini menunjukkan kewajiban yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh tidak mungkin bagi seseorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran Islam mengambil tempat di sisi Iman.

Kata Abdullah Ibnu Mas’ud, “Ada sekali ku tanya akan Rasulullah SAW amalan manusia manakah yang paling diredhai Allah SWT?” Jawab Rasulullah SAW, “Solat”, kemudian ku tanya, “Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)?” Jawab Baginda SAW, “Menghormati kedua orang ibubapa”, Ku tanya lagi, “Selepasnya apa lagi”, Jawab Baginda SAW, “Jihad”.

Mulla Ali Qari mengambil hadis ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajiban yang penting selepas Iman. Ini diperkuatkan lagi oleh sebuah hadis yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan Allah”

No comments: