Tuesday, August 3, 2010

Lelaki-lelaki Yang Bakal Ke Neraka


Firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA,
DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU... .."



Pertama:- Ayahnya

a) Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia.

b) Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
mengaji dan sebagainya.

c) Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....

d) Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:- Suaminya

a) Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.

b) Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam-
kan diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa
tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya

a) Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
kepada abang-abangnya pula. .... jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah
tarikan adiknya di akhirat.



Keempat:- Anak Lelakinya


a) Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya.



Betapa hebatnya pengaruh seorang wanita ke atas seorang lelaki, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat sana juga. menyingkap kembali luluhnya hati Nabi Allah Adam AS dengan kata-kata Hawa, yang membuatkan mereka berpijak di muka bumi..angkara siapa?? bisik goda syaitan laknatullah.


Pesanan kpd jiwa2 yg mdamba kasih cinta Allah:

* b'ibadatlah dgn sungguh2 kpd Allah.

* bykkan zikir, selawat, tilawah dan amalan2 yang sentiasa mgingatkn kita pd-Nya. smga dpt djdkn benteng dr bisik goda syaitan.

* tarikan Allahlah yg plg utama.

*jg diri, jg amal.. tariklah insan2 tersayang ke syurga.

1 comment: