Thursday, July 22, 2010

Suara Peduli Palestin Badan Hak Asasi Manusia : Israel Tingkatkan Tangkapan Terhadap Wanita


~Islam merupakan agama yg paling baik dalam membela wanita~

Khamis , 22/07/2010 – Pusat Kajian Pembebasan Tahanan dan Hak Asasi Manusia (HAM) mengecam keras kebiadapan pasukan Israel menangkap Puan Fathiyah Huwaish (57) dari kota Tulkarm pagi Isnin (19/7).


Dalam pernyataan bertulisnya, ketua Badan HAM, Fuad Hufasy menegaskan bahawa pasukan Israel dengan jumlah yang ramai menceroboh dan menggeledah rumah Huwaish serta melakukan kerosakan. Kemudian pasukan militan Israel membawa Puan Fathiyah dengan kenderaan tentera tanpa diketahui kemana sehingga kini.


Hufasy menambah bahawa Puan Fathiyah adalah seorang wanita berkeluarga yang mempunyai seorang anak lelaki. Beliau merupakan adik beradik dengan Ikhlas Huwaish, isteri pimpinan Hamas yang ditahan iaitu Abbas Sayyid yang dipenjarakan Israel seumur hidup. Ini adalah penangkapan pertama terhadap Puan Fathiyah.


sumber : COMES
penterjemah : osman

No comments: