Rembesan asid hydroklorik ( hyperacidity ) di dalam perut yang menyebabkan penyakit popular bulan puasa, gastrik (peptik ulcer disease (PUD)) .
Mengikut kajian , ketika berpuasa rembesan asid hydroklorik ini tidak bertambah malah didapati puasa boleh mengurangkan rembesan asid ini oleh itu pesakit gastrik berupaya untuk berpuasa.
Tip sepanjang bulan puasa untuk pesakit gastrik.
    * Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastritis tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
    * Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
    * Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
    * Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur
    * Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman
    * Elakkan makanan yang bercuka , rempah dan berlemak
    * Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini
    * Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong
    * Solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
No comments:
Post a Comment