Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia ke-100

Assalamualaikum..


Hari ini, 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita Sedunia yang ke-100 tahun. Tema Hari Wanita Sedunia untuk Tahun 2010 ialah "Equal Rights, Equal Opportunities : Progress for All". Begitu juga pada tahun 2011 iaitu "Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi : Laluan kerjaya terpuji untuk wanita".


Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu, satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.(sumber:Perutusan Wanita Sedunia).


Dulu wanita sering ditindas dan menjadi mangsa keganasan. Dengan wujudnya Hari Wanita Sedunia, nasib wanita telah terbela kerana dua perkara telah diketengahkan iaitu untuk mengecapi keamanan, keselamatan, kemajuan tamadun, memartabatkan hak asasi manusia dan asas-asas kebebasan, kita memerlukan penglibatan yang aktif dari kaum wanita. Oleh itu kaum wanita perlu di beri layanan yang adil dan saksama kerana kemajuan wanita melambangkan kemajuan sesuatu bangsa. Selain itu, untuk memperakui dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam mengukuhkan keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat.


Kini, tujuan sambutan Hari Wanita Sedunia lebih diperkukuhkan. Antaranya untuk mempromosikan langkah mengetatkan undang-undang dalam menangani isu wanita, contohnya isu pelaksanaan undang syariah di mahkamah syariah, isu undang undang yang lebih ketat kepada perogol, pendera dan penganas rumahtangga.


Selain itu, memberikan kefahaman kepada orang awam mengenai agenda wanita untuk perubahan. Pihak berwajib juga perlu untuk memperkemaskan latihan dan kemahiran serta penyelidikan dalam isu-isu wanita selain menghulurkan pertolongan kepada golongan wanita yang tidak bernasib baik agar wanita mendapat kualiti hidup yang lebih baik. Di samping itu, sambutan ini juga bertujuan untuk menyedarkan wanita betapa perlunya mereka mempunyai kesedaran berpolitik dan memantapkan ekonomi diri.

Matlamat

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. [1]


Tuntutan wanita

  1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
  2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa.Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
  3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
  4. Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
  5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut.Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie .[2]


Nabi Muhammad dan Wanita

Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syurga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.

No comments: