gunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)
Sebab nuzul (turun) ayat : Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ibrahim al- Nakhi di mana Nabi sedang berselimut dengan lihaf maka Jibril datang menemui baginda dan menyampaikan wahyu.
Pengertian : Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Sejarah : Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10). Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (Lihat surah al-Muzammil 20)
Daripada Abu Hurairah katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan ALLAH Muharram dansolat sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu adalah solat pada waktu malam
- Dikeluarkan oleh Imam Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi dan Baihaqi dengan sanad yang sahih.
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”
(Surah Al-Isra ayat 79)
"Sesungguhnya orang yang bertaqwa ditempatakan didalam syurga, dengan mata air terpancar. Mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka didunia dahulu adalah orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan diakhir malam mereka beristighfar kepada ALLAH"
(Surah Az-Zariyat ayat 15-18)
No comments:
Post a Comment