Monday, August 2, 2010

Solatlah dengan sempurna

SOLAT

Abdullah Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Islam tertegak atas lima rukun: Bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya; mendirikan solat; membayar zakat; mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.”

Agama Islam diibaratkan rasulullah SAW sebagai sebuah khemah yang disokong lima batang tiang. Tiang tengahnya adalah Kalimah Syahadah. Empat tiang lagi adalah tiang sokongan iaitu satu tiang pada setiap penjuru khemah. Tanpa tiang tengah, khemah tidak akan tertegak manakala tanpa tiang sokongan di penjuru maka runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu. Kini, marilah kita melihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah telah kita tegakkan agama Islam itu? Benarkah setiap tiang telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?.

Lima tiang agama yang tersebut dalam hadis ini menunjukkan kewajiban yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh tidak mungkin bagi seseorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran Islam mengambil tempat di sisi Iman.

Kata Abdullah Ibnu Mas’ud, “Ada sekali ku tanya akan Rasulullah SAW amalan manusia manakah yang paling diredhai Allah SWT?” Jawab Rasulullah SAW, “Solat”, kemudian ku tanya, “Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)?” Jawab Baginda SAW, “Menghormati kedua orang ibubapa”, Ku tanya lagi, “Selepasnya apa lagi”, Jawab Baginda SAW, “Jihad”.

Mulla Ali Qari mengambil hadis ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajiban yang penting selepas Iman. Ini diperkuatkan lagi oleh sebuah hadis yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan Allah”

Saturday, July 31, 2010

31 Julai

Bismillah.. Salamullah aleikum jami'an..

sgt2 terharu apabila tarikh ini diingati oleh insan2 yang mepunyai tempat istimewa di hatiku.
tiada ucapan yang nampak lebih relevan daripada ucapan "terima kasih" yang tak terhingga.
malah setiap yang ingat itu, ada diriku dalam doanya. masyaAllah, tingginya nilai kasih sayang yang
Allah limpahkan dalam hati hamba2-Nya. meskipun tiada hubungan darah, ttp tarikh ini mjd igtn. syukran lakum jami'an.

hadiah penuh makna kuperoleh dari mama papa. kata papa, "Abah bagi hadiah dalam (tangannya diletakkan
di bahagian dada sebelah kiri)". fahamlah aku hadiah sarat kasih sayang itu.
"Mak bagi hadiah apa plak?" sengaja kutanyakan soalan yg tipikal ini kpd mama. "Mak xde apa2 nak bg kteh. duit xde. Mak share ngan abah jela (sambil tersenyum manis)".. senyuman itu memberi seribu satu kebahagiaan pada hati ini. kayanya aku dgn kasih sayang. Allahuakbar!

padahal aku sgt sedar betapa tidak layaknya diriku untuk meminta sebarang hadiah, setelah segala2nya mereka berikan padaku tanpa meminta balasan, sampailah aku terbentuk sebagai diriku pada hari ini. Firman Allah: berbuat baiklah kepada kedua ibubapa..
Duhai anak, sedarlah. Ibubapa adalah anugerah dan amanah Allah.
~Robbi ighfirli waliwaalidayya warhamhuma kama robbayaani soghira~ amin

kepulangan abg dan adikku pada hari ini adalah satu penghargaan. Dalam kesibukan kerja dan belajar (spm insyaAllah tahun nie), sempat juga balik rumah. sgt2 gembira dapat berjumpa sblm balik u smula. Alhamdulillah, rezki Allah. Long, kde n apik, tq atas wishes kalian juga. So happy family igt.. luv u guys so much. Semoga kluarga kita tergolong dalam keluarga yang sakinah. ~amin~
Ketahuilah, tiada hadiah yang dapat tandingi kasih sayang yang kudapat dari kalian. tq so so so much..

Buat teman2 yang mhantar sms ucpan hari lahir, terima kasih. Semoga ukhuwwah fillah yang terjalin sentiasa di bawah payungan redha Allah..

Hari ini, aku semakin dewasa, semakin mhampiri ajal.. semoga persediaan mghadapinya juga dapat dipermantap insyaAllah. Kuharap yang terbaik tapi kuyakin Allah telah takdirkan segala yang terbaik dalam hidupku. Ya muqallibal qulub, sabbit qalbii 'ala dinik wato'atik fi sabilik ~amin~

Salam ramdhan al-mubarak buat semua..

Friday, July 30, 2010

Harga Cinta Hari Ini - Bukti cinta gadis remaja

Bismillah..

Astaghfirullah, beristighfar panjang sejurus membaca keratan akhbar ini. Murah sungguh cintamu duhai kuntuman mawar yang telah hilang durinya. Demi insan yang kononnya bergelar "kekasih hati", sanggup diseksa jasad begitu?? Mengapa diseksa jasad sampai camtu demi cinta yang tak pasti?? bukankah itu perbuatan yang "amat2 sangat kurang pandai"?? Nauzubillah, jauhi kami dari tipu daya syaitan dan nafsu.. ~amin~

Ikuti kisah ini.. sedikit pesanan buat semua

Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

Apabila membaca kisah ini, cegahlah dengan hati..

Harian Metro, 2010/07/31

KUALA LUMPUR: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta.
TOREH...trend remaja perempuan mengukir nama kekasih pada lengan.
TOREH...trend remaja perempuan mengukir nama kekasih pada lengan.
Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu.

Perbuatan itu yang menjadi ‘trend’ terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah.

Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya.

“Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko.

“Selepas mendekati gadis itu saya mendapati lengan tangan kirinya yang mempunyai tanda parut tertulis perkataan yang bermula dengan huruf A. Apabila saya tanya, dia memberitahu tulisan itu nama teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, gadis terbabit mengaku sengaja melukakan tangannya menggunakan jarum sehingga berdarah bagi mengukir nama kekasihnya yang berusia setahun lebih muda daripadanya.

“Dia memberitahu perbuatan itu dilakukannya kerana terpengaruh perbuatan sama oleh rakan sebaya yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan atau pergelangan tangan.

“Tanpa berselindung, dia mendakwa perbuatan menoreh lengan itu dilakukan bagi membuktikan kesetiaan dan rasa cintanya yang mendalam terhadap kekasihnya yang belajar di sekolah sama,” katanya.

Ahmadi berkata, remaja terbabit tanpa rasa bersalah mendakwa terlalu sayangkan teman lelaki menyebabkan dia hilang pertimbangan dan berani melakukannya.

“Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani.

“Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi ‘trend’ baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing,” katanya.

Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.

“Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta,” katanya.

Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.

“Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya,” katanya.

Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar.

Wednesday, July 28, 2010

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.