Showing posts with label Hingga Detik Ini. Show all posts
Showing posts with label Hingga Detik Ini. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Bulan Semakin Hampir Ke Bumi

Salamullah aleiikum jami'an..bismillah..
____________________________________
p/s : niatkan pmbacaan anda kerana ALLAH..
____________________________________

Hari Sabtu ini 19 Mac bersamaan malam 15 Rabiul Akhir 1432H para sanitis melaporkan satelit bumi iaitu bulan akan berada paling hampir dengan bumi sejak 18 tahun lalu.


Lazimnya jarak bulan dengan bumi adalah sejauh 406,300km tetapi pada hari berkenaan jaraknya semakin hampir kira-kira 356,700km iaitu 49,600km lebih hampir dari hari-hari biasa. Kerana itu pada hari Sabtu nanti bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang bercahaya berbanding hari-hari lain.



Fenomena ini menarik dan sudah pasti membuktikan kepada mereka yang beriman betapa hebat dan besarnya kuasa Allah swt.



Menurut akhbar The Star: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/15/nation/8270079&sec=nation terdapat laporan “online” yang mendakwa bahawa fenomena ini akan turut mengundang malapetaka dengan ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi dan berbagai lagi kejadian alam yang bakal meranapkan bumi.



Sudah pastilah dengan kejadian gempa dan tsunami di Jepun Jumaat lalu ramai yang akan panik dan bimbang dengan dakwaan ini. Namun menurut Prof Dr Chong Hon Yew pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita semua perlu panik.



Disaat begini elok sangatlah kita merenung firman Allah swt di dalam al Quran surah az Zumar:38 makusdnya:


Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".



Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yangmenyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, Subhanallah.

Friday, January 21, 2011

i'm in the MIDDLE..


salamullah aleikum jami'an..

sesuai dgn tajuk new entry saya kali ni.. iAllah akan berjalan selama seminggu ( 24-28 Jan 2011)



YES, i'm in the middle.. middle of wat??

MID SEM EXAM

of course...



jadi, mohon doanya sahabat2.. moga diri ini dan sahabat2 perjuangan yg bakal mduduki mid-sem exam dpt lakukan yg terbaik.. moga natijahnya juga baik..
doakan kejayaanku... belajar kerana Allah, bkn krna exam..

Friday, October 29, 2010

Yang Masih Berbaki..

Salamullah aleikum jami'an.

Alhamdulillah, mggu exam pertama telah bjaya diharungi dgn penuh sabar..

Paper bioII, kimiaI dan FizikI telah selamat dilalui. skrg yg tinggal adalah tawakal n doa banyak2 pd Allah spya natijahnya cemerlang. sama2 doakan ye!

Banyak juga hikmah exam nie.. mgkn sedikit pkongsian bdasarkan pemerhatian sy dgn environment exam nie. antaranya:-

1. masa nie sume org jd rajin. dalam menelaah.. Tuhan saja yg tahu pengorbanan student2 yg sanggup bersengkang mata mlm ni sbb esok nak exam. moga terluang juga sedikit msa bermunajat tgh2 malam tu. study sampai x tido bleh, jd apa alasan kita utk xmahu bsengkang mata wlupun cuma 15min utk menelaah cinta Allah?? muhasabah diri sy dan shbt2.

2. alhamdulillah, ms exam nie sume bsungguh2 dlm ibadah. dlm doa.. sume nak bjaya cemerlang. subhanallah..semoga kesungguhan kita dlm beribadah dpt kita istiqamahkan. sungguh Allah tak mjadikan sesuatu itu sia2..

3. time ni nampak jgk ukhuwwah sama2 shbt sgt akrab. org ni tlg ajar yg ni, org tu ajar yg tu, pnjm nota org ni org tu..kerjasama yg sgt padu.like3x~ trima kasih shbt2 yg mbantuku.. syukran jaziilan...

4. yg paling best, sume bangun pagi awal.. mandi pn awal.. (^_^)

5. tidak dilupakan, didikan kesabaran dlm diri yg terbaek apabila ade soalan yg xdpt buat, silap buat atau x smpat buat.. jadikanlah kami bersama golongan2 yg sabar Ya Allah..

~semoga perubahan kita berterusan.. ke arah yg lbih baik~

dan.. yg masih berbaki..
next week adalah mggu exam yg lebih mcabar.. subjek2 yg tough n banyak menanti..

isnin - kimia organic
selasa - bio 1 yg mmrlukan kefahaman extreme
rabu - circular motion?? torque?? wave?? masyaAllah..
kamis - ba n usul syariah

Ya Allah, kuletakkan seluruh kebergantungan aku pada-Mu.. hanya Kau yg Maha Tahu sejauh mana mampuku, sebanyak mana usahaku dan natijah mana yg terbaik utkku.. aku redha ya Allah.. akn kuusaha semampuku dan btawakal pada-Mu.

Mohon doanya ye shbt2.. syukran..

Sunday, October 24, 2010

Salam Exam!

salamullah aleikum jami'an..

insyaAllah bermula 25oct-5nov, sy akan mduduki final exam utk sem ni.. doakan sy sihat2 sahaja sepanjang tempoh peperiksaan ini dan berjaya menjawab setiap soalan dgn tenang dan teliti. maaf segala salah silap.. doakan sy dan sahabat2 ye.. amin

Friday, July 30, 2010

Harga Cinta Hari Ini - Bukti cinta gadis remaja

Bismillah..

Astaghfirullah, beristighfar panjang sejurus membaca keratan akhbar ini. Murah sungguh cintamu duhai kuntuman mawar yang telah hilang durinya. Demi insan yang kononnya bergelar "kekasih hati", sanggup diseksa jasad begitu?? Mengapa diseksa jasad sampai camtu demi cinta yang tak pasti?? bukankah itu perbuatan yang "amat2 sangat kurang pandai"?? Nauzubillah, jauhi kami dari tipu daya syaitan dan nafsu.. ~amin~

Ikuti kisah ini.. sedikit pesanan buat semua

Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

Apabila membaca kisah ini, cegahlah dengan hati..

Harian Metro, 2010/07/31

KUALA LUMPUR: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta.
TOREH...trend remaja perempuan mengukir nama kekasih pada lengan.
TOREH...trend remaja perempuan mengukir nama kekasih pada lengan.
Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu.

Perbuatan itu yang menjadi ‘trend’ terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah.

Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya.

“Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko.

“Selepas mendekati gadis itu saya mendapati lengan tangan kirinya yang mempunyai tanda parut tertulis perkataan yang bermula dengan huruf A. Apabila saya tanya, dia memberitahu tulisan itu nama teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, gadis terbabit mengaku sengaja melukakan tangannya menggunakan jarum sehingga berdarah bagi mengukir nama kekasihnya yang berusia setahun lebih muda daripadanya.

“Dia memberitahu perbuatan itu dilakukannya kerana terpengaruh perbuatan sama oleh rakan sebaya yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan atau pergelangan tangan.

“Tanpa berselindung, dia mendakwa perbuatan menoreh lengan itu dilakukan bagi membuktikan kesetiaan dan rasa cintanya yang mendalam terhadap kekasihnya yang belajar di sekolah sama,” katanya.

Ahmadi berkata, remaja terbabit tanpa rasa bersalah mendakwa terlalu sayangkan teman lelaki menyebabkan dia hilang pertimbangan dan berani melakukannya.

“Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani.

“Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi ‘trend’ baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing,” katanya.

Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.

“Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta,” katanya.

Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.

“Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya,” katanya.

Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar.

Monday, July 19, 2010

Ajal Tak Mengenal Usia - Lori bapa gilis anak

Firman Allah :

Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Al-Munafiqun:11)



Harian Metro, 2010/07/19

CHUKAI: Seorang lelaki tidak menyangka kenderaan berat yang memberikan sumber pendapatan kepada seluruh ahli keluarganya akan meragut nyawa anak kesayangannya selepas tidak menyedari mangsa digilis ketika mengundurkan kenderaan berkenaan, petang kelmarin.


Tragedi ‘lori berdarah’ di Felda Neram 1, dekat sini, itu berlaku ketika mangsa berusia dua tahun mengekori bapanya dan tanpa disedari lelaki berkenaan mengundurkan kenderaan itu untuk mengalihkannya ke garaj berhampiran.


Ketua Polis Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa kira-kira jam 6.30 petang menyebabkan mangsa, Farida Nasuha Muhd terbunuh di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.


Menurutnya, bapa mangsa berusia 52 tahun hanya menyedari dia terlanggar sesuatu selepas berhenti dan terkejut melihat anaknya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.


“Lelaki berkenaan sudah memerhatikan anaknya, malah ketika kejadian dia sempat melihat seorang lagi anak lelakinya yang berusia 3 tahun di tepi rumah, tetapi tidak menyedari kelibat anak perempuannya itu.


“Lelaki berkenaan bekerja sebagai pemandu lori dan mengalihkan kepala lori terbabit selepas diarahkan isterinya berbuat demikian,” katanya.


Menurutnya, ketika sibuk mengalihkan kepala kenderaan berat itu, dia tidak sempat memerhatikan pergerakan mangsa dan hanya mengetahui kemalangan selepas memberhentikannya.


Berikutan kejadian itu, laporan polis dibuat dan siasatan awal mendapati mangsa digilis tayar kanan bahagian belakang lori.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala bapa mangsa sudah diambil keterangannya bagi membantu siasatan,” katanya.


Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian.


Berikutan kejadian itu, Abdullah Sani meminta semua pemandu lebih berhati-hati ketika mengalih atau mengundur kenderaan terutama di halaman rumah bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.


“Saya berharap mereka memeriksa bahagian belakang kenderaan ketika mengundurkan kenderaan berkali-kali kerana keselamatan anak-anak terletak di tangan ibu bapa,” katanya.

~Al-Fatihah~ (niat sedekahkan pahala al-Fatihah kita kpd adik Farida Nasuha)

Alhamdulillah, Berbaloi 7 Tahun Kesabaran Mereka

Harian Metro, 2010/07/19
BAHAGIA...Mohd Rizal dan Norhayu memangku (dari kanan) Putri Nur Adlina, Putri Nur Adriana, Putri Nur Afina dan Putri Nur Aina.


JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan apabila dikurniakan bayi perempuan kembar empat di Hospital Pulau Pinang (HPP), Mei lalu.


Bagi pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, kelahiran bayi kembar empat itu memang tidak dijangka dan bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata sekali gus.


Mereka terharu dengan anugerah tidak ternilai itu kerana sudah lama berusaha mendapat zuriat sendiri.


Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata, mereka terkejut apabila doktor yang melakukan pemeriksaan ketika permulaan isterinya hamil memberitahu bakal mendapat kembar tiga.


“Kami sudah membuat persiapan menyambut ketiga-tiga cahaya mata termasuk membeli pakaian dan peralatan mereka.


“Bagaimanapun, kami terkejut apabila isteri bersalin pada 4 Mei lalu anak kembar empat, namun amat bersyukur dengan anugerah itu.


“Keempat-empat bayi dilahirkan itu tidak cukup bulan menyebabkan mereka ditahan di HPP, tetapi isteri dibenarkan pulang pada 28 Jun lalu manakala semua anak kami dibenarkan keluar pada 1 Julai lalu.


“Kami bersyukur semua kembar sihat dan tidak menang tangan melayan kerenah mereka,” katanya.


Mohd Rizal, juruteknik di sebuah kilang plastik di Pulau Pinang berkata, keempat-empat anak kembar seiras itu diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (1kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).


Sementara itu, Norhayu, suri rumah sepenuh masa berkata, suaminya terpaksa membeli barangan dan keperluan untuk seorang lagi kerana sebelum ini hanya membuat persiapan untuk tiga bayi.


Katanya, mereka berdua puas berusaha mendapatkan zuriat sebelum ini termasuk menggunakan kaedah rawatan moden dan tradisional selain berdoa.


“Pada peringkat awal kehamilan, saya amat risau kerana mengalami alahan serius termasuk kerap muntah dan tiada selera makan.


“Namun, saya bersyukur keempat-empat bayi kami selamat dilahirkan dan sihat.

“Penantian kami selama tujuh tahun untuk mendapat zuriat berbaloi apabila dikurniakan empat anak kembar perempuan yang comel,” katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan.

Gempar lihat UFO terapung

Harian Metro, 2010/07/19

KOTA KINABALU: “Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.
“Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau,” kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.

Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Mereka mendakwa objek mengeluarkan cahaya biru dan hijau itu terapung di ruang udara selama seminit sebelum hilang dalam sekelip mata.

Malah, ada di kalangan mereka sempat merakamkan gambar piring terbang itu menggunakan telefon bimbit masing-masing tetapi apa yang menghairankan, ada telefon bimbit berkenaan tiba-tiba ‘mati’ dengan semena-mena sebaik merakam gambar objek berkenaan.

Jemas berkata, dia ternampak satu objek terapung yang besar dan tidak bergerak ketika menghadiri majlis jamuan makan seorang rakannya di pusat peranginan itu.

Menurutnya, dia sempat merakamkan objek misteri itu menggunakan kamera telefon bimbitnya, malah beberapa pengunjung pusat peranginan itu turut melakukannya.

“Saya tidak percaya UFO, tapi apa yang saya lihat itu benar-benar luar biasa kerana ia berlaku di depan mata.

“Apa yang pelik, telefon bimbit milik beberapa pengunjung yang merakam kemunculan objek itu tiba-tiba ‘mati’. Namun, saya bernasib baik kerana dapat merakamkan imej objek itu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Donny Benedict, 29, berkata, dia tidak percaya dengan kewujudan UFO, namun pandangannya berubah sebaik menyaksikan kejadian itu.

“Saya hanya sempat melihat objek berkenaan terapung selama 20 saat sebelum ia hilang begitu sahaja. Apa yang peliknya, ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti dihasilkan pesawat udara.

“Ini pengalaman pertama saya melihat UFO, namun mengecewakan gambar diambil menggunakan telefon bimbit hilang,” katanya.

Kemunculan UFO di negara ini dikesan bermula pada tahun 1950-an apabila seorang lelaki melihat satu piring terbang di Petaling Jaya. Sejak itu, beberapa objek menyerupai piring terbang didakwa dilihat rakyat negara ini.

Kali terakhir UFO muncul di negara ini pada 1999 di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Saturday, July 10, 2010

Isteri Gagal Kawal Nafsu - rapuhnya iman manusia


Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, FIRDAUS SAHAT, SHAMRAN SARAHAN dan MOHD AZAM SHAH YAACOB
Harian Metro -11/07/2010-

KUALA LUMPUR: Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

Lebih memburukkan keadaan, ada yang terjerumus ke lembah hina kerana gagal menahan godaan syaitan selepas hidup kesepian tanpa belaian suami biarpun diri masih ‘bergetah’.

Ikuti gelora hidup empat wanita yang berkongsi nasib sama iaitu ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.


LIZA, 28:
“HANYA Tuhan tahu betapa deritanya jiwa dan batin saya tidak dapat bersama suami selama enam tahun sejak bergelar isteri pada 2004.

Mungkin kerana perkahwinan kami atas dasar menurut kemahuan keluarga dan bukan kerana hubungan cinta, saya menjadi mangsa keadaan, dan enam tahun juga saya tidak mendapat belaian suami.

Kalau enam bulan saya boleh bertahan lagi (tidak bersetubuh bersama suami), tetapi bayangkan sehingga enam tahun dia tidak pernah menyentuh saya, malah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Wanita mana tidak dahagakan belaian lelaki, tambahan pula bila bersuami. Akibat tekanan perasaan, akhirnya saya gagal mengawal nafsu. Saya bertemu kembali bekas teman lelaki dan melakukan hubungan seks dengannya setiap kali bertemu.

Suami mula menjauhkan diri daripada saya selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dia kini menetap di sekitar Johor Bahru, Johor.

Saya sedar tindakan mengadakan hubungan bersama bekas teman lelaki adalah salah, lagi pula dia sudah berumah tangga, tetapi saya menganggap suami punca segala kemelut itu berlaku.

Daripada apa yang dapat saya rasakan, dia (suami) seakan-akan sangat membenci saya. Kalau tidak inginkan saya sebagai isteri, mengapa tidak ceraikan saya, sebaliknya dia menghilang entah ke mana.

Saya sungguh menderita, hidup sendiri tanpa ada zuriat. Adakalanya apabila tidak bertemu bekas kekasih, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memuaskan keinginan batin. Ia memang menyakitkan jiwa saya.

Bagaimanapun, perbuatan saya mengadakan hubungan dengan lelaki lain dan pergolakan suami akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga masing-masing.

Selepas berubat secara Islam di Sinar Zamdurrani bersama Ustaz Shahran Shafie, suami saya didakwa terkena sihir oleh bekas kekasihnya sehingga membuatkan dia membenci saya.

Saya insaf di atas dosa yang pernah dilakukan dan berharap dapat menyelamatkan kembali rumah tangga. Semuanya terpulang kepada suami, saya berharap dia dapat menerima saya sebagai isteri. Jika tidak, saya mahu dilepaskan.”


SHIMA, 32:

“TIGA tahun digantung tidak bertali, saya terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki menampung hidup bersama dua anak.

Malah kerana gagal menahan gelora nafsu akibat ketiadaan suami, saya sanggup melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu dan kadangkala terlanjur dengan teman lelaki.

Bagaimanapun jauh di lubuk hati, saya menyedari perkara itu mengundang dosa.

Saya sedar mengenai halal dan haram. Malah, saya dan teman lelaki juga bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun saya tidak boleh kerana masih terikat dengan suami.

Kali terakhir saya mendengar berita mengenainya ialah tiga tahun lalu. Itupun daripada seorang kawan yang mengatakan suami saya berkahwin lain. Selepas puas mencari, saya masih tidak menjumpai tempat mereka menetap.

Sebab itu, kerana dahagakan kasih sayang, saya mula mencari teman lelaki. Dua anak saya juga memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Alhamdulillah, saya menemui seorang lelaki yang sanggup menerima saya.

Apapun, saya masih berusaha mencari suami untuk mendapatkan kata putus daripadanya. Saya tidak pernah berhenti mencarinya. Lagipun saya tidak tahan menanggung azab digantung tidak bertali seperti ini. Wanita mana sanggup diperlakukan seperti ini?

Jika masih gagal mengesannya, saya akan mendapatkan khidmat nasihat jabatan agama Islam. Mungkin mereka ada cara untuk menyelesaikan perkara ini supaya saya tidak lagi bergelumang dengan dosa.”


ROZANA, 39:
“SUAMI saya ghaib sejak 2004. Mulanya saya mengakui sangat tertekan sehingga hampir gila, tetapi berkat doa dan sokongan berterusan daripada keluarga, sedikit demi sedikit saya bangkit meneruskan hidup.

Siapa tidak tertekan apabila suami yang dicintai hilang begitu saja. Selama 20 tahun kami hidup bahagia dan intim, tetapi suami kemudian meninggalkan saya tanpa alasan serta punca.

Saya menderita zahir dan batin. Saya terpaksa bekerja keras menyara diri dan empat anak selain terlalu rindukan suami yang dulunya selalu berada di sisi.

Suami keluar dari rumah pada Oktober 2004 untuk ke tempat kerja, tetapi selepas itu ghaib. Tiada perubahan ditunjukkan kerana kami sememangnya pasangan bahagia. Memang kami tidak hidup senang, tetapi saya rasa bukan itu alasan dia (suami) menghilangkan diri.

Nak kata dia ada perempuan lain, sepanjang hidup bersama saya, tidak pula dia menunjukkan kelakuan mencurigakan.

Yang mampu saya lakukan hanya membuat laporan polis dan selama beberapa bulan saya bersama ahli keluarga lain cuba mencari suami tetapi tidak berjaya.

Bukan saja saya, malah keluarga mentua dan rakan yang rapat dengannya tidak tahu di mana suami saya. Ketika itu saya tidak kuat menghadapi dugaan ini dan hanya mampu menangis.

Makan dan tidur tidak menentu. Anak pula saya biarkan bebas sampai ada kalanya mereka ponteng sekolah. Setahun saya seperti orang gila kerana kerap berkurung di bilik dan berkhayal.

Mujur adik beradik saya membantu. Mereka tolong jaga anak saya dan cuba memulihkan saya. Mereka sentiasa beri semangat dan bawa saya berubat.

“Mereka juga sentiasa mengingatkan saya supaya banyak melakukan ibadat dan berdoa supaya dikuatkan semangat bagi menempuh dugaan yang terpaksa dilalui.”


DIANA, 32:

“SAYA ditinggalkan suami hampir empat tahun. Saya akui sungguh menderita selepas suami menghilangkan diri sekitar 2007, tambahan pula saya terpaksa menanggung dua anak yang masih kecil, masing-masing berusia empat dan tiga tahun.

Saya ditinggalkan suami ketika anak kedua berusia tidak sampai setahun dan ketika itu saya terpaksa meminta bantuan keluarga untuk menyara hidup.

Bayangkan, bagaimana saya hendak menyara anak yang masih kecil itu seorang diri, saya pula tidak bekerja. Jalan mudah yang dapat saya fikirkan ketika itu adalah kembali ke pangkuan ibu bapa di kampung.

Hidup saya jadi tidak keruan, apalagi memikirkan sampai bila saya perlu bergantung hidup dengan keluarga. Suami saya langsung tidak dapat dihubungi, hidup matinya saya tidak tahu.

Sebagai isteri yang pernah menerima kasih sayang seorang suami, saya akui perasaan sungguh tertekan apabila memikirkan tuntutan batin yang tidak dapat dipenuhi.

Saya masih merindui suami walaupun ada kalanya sakit hati apabila memikirkan saya ditinggalkan tanpa khabar berita.

Ada juga rakan pernah mengusik, bolehkah saya hidup tanpa sentuhan lelaki. Bagi saya, soal seks dan tuntutan batin bukan lagi satu keutamaan.

Memang sebagai manusia biasa keinginan untuk dibelai lelaki itu sentiasa ada, tetapi apakan daya saya apabila dalam keadaan begini.

Buat masa ini saya hanya memikirkan soal anak, mereka lebih memerlukan saya ketika ini.”

Salah siapa sebenarnya????

Friday, July 9, 2010

Terangsang Pil Babi


Terangsang pil babi

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/07/09


PUTRAJAYA: Pil dan cecair yang biasanya digunakan untuk menggalakkan babi mengawan kini menjadi senjata utama segelintir lelaki kasanova untuk memerangkap wanita sehingga boleh dibawa ke bilik tidur.

Lelaki hidung belang terbabit biasanya memasukkan bahan perangsang seks itu ke dalam minuman kotak tanpa disedari gadis yang menjadi sasaran dan selepas mangsa meneguk air berkenaan, mereka tiba-tiba terangsang untuk melakukan hubungan jenis, sekali gus memudahkan jantan buas itu memuaskan nafsu.

Lebih menakutkan, wanita yang pernah tertelan pil atau cecair babi mengawan akan menjadi ketagih untuk mengambil bahan itu dan seterusnya melakukan hubungan seks.

Demi memenuhi nafsu mereka, wanita terbabit sanggup menggadai maruah dengan mencari semula lelaki kasanova yang menganiayai mereka atau mana-mana lelaki yang mampu menyediakan pil babi mengawan itu.

Perkara ini didedahkan Pengetua Rumah Pengasih, Mohd Yunos Pathi, berdasarkan maklumat diberikan lima penghuni wanita rumah pemulihan diuruskannya yang berusia 25 hingga 30 tahun.

Beliau berkata, penghuni wanita terbabit memaklumkan selepas minum air kotak dicampur dengan pil atau cecair babi mengawan, mereka menjadi khayal, terangsang dan sanggup melakukan hubungan seks untuk tempoh beberapa jam.

“Saya difahamkan, pil terbabit kebiasaannya digunakan di ladang ternakan babi. Ia dicampur dalam makanan babi bertujuan menggalakkan babi mengawan. Bahan sama dalam bentuk cecair pula kebiasaannya disuntik terus pada badan babi betina.

“Namun, ia kini disalahgunakan lelaki kasanova untuk memudahkan mereka mencari mangsa. Lelaki pemangsa terbabit bukan saja terhad di kalangan mereka yang gemar berkeliaran di pusat hiburan, tapi turut membabitkan pelajar sekolah serta penuntut institut pengajian tinggi (IPT),” katanya.

Mohd Yunos berkata, pil atau cecair babi mengawan itu kebiasaannya dimasukkan ke dalam minuman kotak kerana mangsa menyangka minuman itu selamat kerana ia secara kasar seolah-olah belum dibuka.

“Lebih teruk apabila ada lelaki menggunakan pil itu untuk merosakkan teman wanita rakan sendiri yang menjadi sasarannya,” katanya.

Menurut Mohd Yunos, beliau sentiasa memberi peringatan mengenai taktik kasanova dan penyalahgunaan pil serta cecair babi mengawan itu dalam setiap program kesedaran dadah di beberapa IPT awam dan swasta yang dikendalikannya dari semasa ke semasa.

Beliau turut menasihatkan gadis remaja supaya berwaspada terhadap pasangan masing-masing atau mereka yang tiba-tiba memberikan minuman kerana ia selalunya mempunyai agenda jahat yang boleh memerangkap mereka.

“Ramai wanita ‘rosak’ disebabkan terlalu percaya terhadap kekasih yang merancang jerat bagi merosakkan mereka dengan apa cara sekali pun. Jika mereka tidak dapat meniduri kekasih mereka secara rela, mereka akan menggunakan pelbagai cara termasuk memasukkan dadah dalam minuman.

“Akibatnya, masa depan mangsa menjadi gelap. Bukan saja maruah mereka tergadai, tapi mereka pula terpaksa mendapatkan rawatan apabila ketagih bahan pelik yang diberikan teman lelaki mereka,” katanya.