Showing posts with label teladan cinta. Show all posts
Showing posts with label teladan cinta. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Story aBout A Soulmate..

salamullah aleikum jamia'an..
bismillah..
_______________________________________________________
p/s penaja:
niatkan pembacaan anda kerana Allah. jazakumullah khairan kathira ^_^. semoga sama2 peroleh manfaat dan redha-Nya. selamat membaca!
_______________________________________________________
BERCERITA TENTANG JODOH…

saya..err..sayang awk..!


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.


Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”


Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”

“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.


Isteri Amanah


“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”

“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”

“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”

“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”


Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.


“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”


Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”


Cantik Itu Relatif dan Subjektif


“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”

“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.

“Maksud abang?”

awak.. awak cantik sgt. manis je mata memandang.. Alhamdulillah Ya Allah..


Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.


“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”


Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”


“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”


Wasilah Memilih Jodoh


“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”

“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”

“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”


Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik


“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”


“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”


“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”


Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”


Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.


“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.


“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”


“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.


“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”


“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”


“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”


“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.


Jodoh Urusan Allah


“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”


“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.


“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”


Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!


“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”


“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”


“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”


“Hikmah untuk kita?”


“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”


Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?


Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”


Source: http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/

Monday, January 10, 2011

Cinta Makan Hati




Tidak dapat dinafikan, diari cinta semestinya disulam dengan suka dan duka, sebagaimana kemarau tidak berterus lamanya, hujan tidak pula terus menerus menyimbah rumput dunia.Dicintai tidak semudah menyintai, dimiliki tidak semudah memiliki, cinta kerap kali mengusik hati, mejadikan istana hati itu retak sehingga gugurnya debu-debu air mata menyimbah pipi, walau senyuman kerap kali terus menafi.Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita, kerana kadangkala apabila kita menyukai sesuatu sebenarnya ia tidak baik bagi kita, dan boleh jadi sesuatu yang kita benci itulah yang terbaik buat kita, hanya di tangan Allah segala rahsianya.


Kadangkala kita menyintai seseorang, tapi dia pula melabuhkan kasih pada yang lain, kadangkala dua insan saling menyintai, tapi dia jugalah yang sahabat kita sukai.Benar, trilogik cinta sering terjadi, dan kadangkala memberikan kebahagiaan pada sahabat itu mampu menjadikan hidup kita lebih bermakna, sekalipun kita terpaksa mengalirkan air mata.Ada sahabat menyapa "kenapa bila kau bercakap kau selalu melawak membuatkan orang lain gembira, tetapi bila kau keseorangan kau sering mengalirkan air mata, kau sedihkah apa?".


Teman, antara hujan dan panas itu akan bersinarnya pelangi-pelangi yang indah, senyuman dan air mata itu akan mengukir hati supaya sentiasa pasrah, sabar dan redha terhadap apa yang terbeban ke atas dirinya.Bilamana kita menyerahkan kebahagiaan kepada sahabat yang kita sayang, walaupun dihati kita sebak dengan tangisan,disitulah terkumpulnya dua sinaran, iaitu senyuman dan tangisan.Dan dari situlah terpancarnya pelangi kebahagiaan.Syukurlah seandainya dia masih menjadi milik kita, dan redhailah seandainya Allah menggantikan dia dengan seseorang yang tidak disangka.


Bukan sesuatu yang luar biasa apabila seseorang yang tidak pernah kita kenali datang menerpa menyatakan cinta dan berhajat pada kita, kerana jodoh kadangkala sesuatu yang tidak diduga.

Firman Allah swt :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(Al-Baqarah :ayat 216)


Sahabat, memiliki rasa cinta itu tidak ada salahnya, kerana ia akan tetap hadir sekalipun tidak dipinta, namun harus diingat, jangan terlalu kasihkan manusia melebihi kasih pada pencipta, kerana Dia yang mengatur segala-galanya, cintakan seseorang belum tentu ia menjadi milik kita, cintakan tuhan Dia mampu memberikan apa saja yang kita pinta.Dengan hanya "Kun Fayakun" maka terjadilah apa yang diinginkannya, oleh itu seandainya sesuatu yang kita inginkan belum menjadi milik kita, sabarlah dan terus berdoa, Allah mengerti setiap apa yang tersemai dihati hamba-hambanya.Memberi sebiji permata tidak sama dengan memberi sebutir kaca, tuhan tidak sekadar melihat doa hambanya, tapi melihat dimana pula buktinya, bagaimana hubungan hambanya denganNya, sebanyak mana air mata yang digugurkan dalam permintaannya.Mungkin tuhan menangguhkan pemberian itu untuk memberi ruang supaya kita meneruskan doa, menyembuhkan fikiran dan membersihkan segala dosa lama.Mintalah pertolongan dari yang menciptakan agar memudahkan urusan yang dihamparkan pada kita.Dan peliharalah hubungan sesama manusia yang dicintai agar tidak lalai daripadaNya.

Fiman Allah swt:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu" (Al-Baqarah : ayat 45)


Bangunlah untuk muhasabah diri merenungi dosa-dosa tersembunyi dicelah-celah cinta manusia, bersihkan hati dan serahkan sebulat-bulatnya pada pencipta, biarkanlah Dia yang mengatur segalanya.Sekadar secangkir renungan untuk teruna dan dara.Berhati-hatilah dengan ujian dunia.



credited to : abdullahmahdi.com

Tuesday, April 27, 2010

Cinta Puteri Syu'aib Kepada Musa A.S


Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran

“Dan ketika dia(Musa) sampai di sumber air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan(ternakan mereka berdua). Dia bertanya: Mengapa dengan kamu berdua(menahan ternakan)? Mereka menjawab: Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”

“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.

“Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Surah Al-Qasas ayat 23-25.

Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah yang sangat besar. Bukan hanya kisah pertemuan Musa dengan Anak Nabi Syu’aib yang kemudiannya mendidik kesabaran Musa. Bukan juga hanya kisah Musa yang baik hati membantu perempuan yang lemah. Bukan juga hanya kisah aturan Allah SWT yang cantik mengaturkan perjalanan Musa dalam rangka menjadikannya sebagai Nabi.

Tetapi di dalam tiga ayat ini, terdapat juga didikan untuk wanita.

Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri Anak-anak Syu’aib.

Wahai manusia, Allah sedang berbicara dengan anda berkenaan Sifat Malu.

Sifat malu yang sangat tinggi

Anak-anak Nabi Syu’aib tidak membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka mempunyai kerja yang penting – memberikan minuman kepada ternakan mereka.

Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat memberikan kekurangan kepada ternakan mereka nanti. Alasan lemah adalah alasan yang kedua. Alasan utama adalah kerana bergaulan, bercampuran dengan lelaki sememangnya menjatuhkan akhlak mereka.

Kita sendiri, kalau melihat perempuan tolak menolak dengan lelaki, berebut-rebut dengan lelaki, bersentuhan tangan, bergeselan badan, bagaimana agaknya persepsi kita?

Maka Anak-anak Syu’aib menanti. Biar lapang baru mereka pergi. Tidak melanggar adab pergaulan, dan tidak pula mengundag kecederaan.

Namun, melakukan sedemikian pastinya satu kekurangan untuk mereka. Kekurangan untuk binatang ternak mereka membesar dengan baik. Tetapi lihatlah Anak-anak Syu’aib, dunia dan akhirat yang mana mereka pilih?

Penjagaan diri mereka ini membuatkan mereka sangat mahal.

Tidak memanjangkan bicara 1(kondisi diajak bicara)

Musa yang berehat di bawah pokok berdekatan hanya memandang. Pelik di matanya melihat dua orang perempuan berdiri menunggu di tepi sumber air bersama ternakan mereka. Pastinya dua perempuan itu bukan menanti suami atau ayah mereka siap memberi minum pada ternakan kerana keduanya membawa ternakan masing-masing.

Atas dasar ambil berat, Musa bangun dan bertanya.

“Mengapa dengan kamu berdua?”

Dan lihatlah bagaimana cantiknya akhlak Anak-anak Syu’aib. Lihatlah bagaimana mereka menjawab dengan kata-kata yang pendek, tidak meleret-leret, malah menutup lubang untuk menyambung bicara lain.

Terus sahaja mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya”

Terus kepada point. – Kami tidak dapat memberi minum sehingga pengembala-pengmbala itu mebawa balik binatang ternak masing-masing –

Menutup ruang untuk perbualan berpanjangan – dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya –

Lantas Musa tidak menyambung perbualan mahupun bertanya lagi. Malah dia juga sudah tiada alasan untuk bertanya kerana segalanya telah terjawab dengan jawapan ringkas itu. Kata-kata “dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya” itu telah menjawab soalan-soalan seperti: “Habis, mana ayah awak?”, “Abang awak tak ada ke?”, “Ish, kesiannya, kenapa ya macam tu?” dan lain-lain.

Sangat bersih peribadi Anak-anak Syu’aib dalam menjaga diri mereka. Tidak berminat memanjangkan bicara yang tiada kepentingannya. Dan lihatlah pula kepada Musa, sangat bersih peribadinya dengan tidak mencari atau memikirkan mana-mana peluang lain untuk berbual, tetapi tanpa banyak bicara terus membantu ketika itu juga.

Tidak memanjangkan bicara 2(kondisi pemula bicara)

Dan apabila Nabi Syu’aib melihat kedua anaknya pulang lebih awal dari biasa, dia kehairanan dan bertanya. Maka kedua anak itu menceritakan perihal lelaki yang berteduh di bawah pokok. Maka Nabi Syu’aib mengarah salah seorang anaknya pergi memanggil.

Lihatlah bagaimana anak itu, walau berseorangan, tidak lagi ditemani ahli keluarganya, tidak pula mengambil peluang bermanja-manja atau berkenalan dengan lelaki yang berjasa itu.

Malah dia berjalan dengan tersipu-sipu, berjalan atas sifat malu, dan terus berkata menyampaikan hajatnya:

“Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”

Tidak pula dia meleret-leret atau berpusing-pusing dahulu dengan sembang-sembang lain, tanya-tanya lain seperti:

“Eh awak, terima kasih lah tadi ya. Awak baik sangat. Walaupun kita tak kenal… bla bla bla”

“Awak siapa nama ya? Terima kasihlah tadi ya. Ah, ni ayah saya panggil. Dia kagum dengan awak. Yalah, siapa yang nak tolong perempuan masa ni… bla bla bla”

Tetapi Anak Syu’aib itu terus pada pointnya tanpa memanjangkan bicara – Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami – Habis cerita dan tiada lagi alasan untuk menyambung sembang baik dari Pihak Musa, mahupun pihaknya.

Dia melaksanakan amanah bapanya tanpa mengambil celahan pada amanah itu.

Bersihnya peribadi Anak Syu’aib. Sifat malunya sangat tinggi. Sangat menjaga budi pekerti. Tiada langsung apa yang dikatakan ‘gedik’ oleh manusia hari ini. Langsung tidak mengambil peluang berduaan dengan jejaka berjasa yang hebat itu. Dan lihatlah Musa. Bersihnya peribadi Musa, tidak pula mengambil peluang berduaan itu dengan memanjang-manjangkan sembang, mencari peluang berkenalan dan sebagainya.

Kisah Cinta Zainab Bintu Rasulillah S.A.W



Beliau adalah putri tertua dari rasul termulia, Muhammad bin Abdullah bin Abdil Muthalib Shallallahu ‘alaihi wasallam. Wanita mulia ini lahir dari rahim ibundanya Khadijah bintu Khuwailid bin Abdil ‘Uzza bin Qushay sepuluh tahun sebelum nubuwah. Tepatnya ketika Nabi berumur tiga puluh tahun.[1]

Zainab kecil hidup di tengah lingkungan keluarga yang penuh limpahan kehormatan dan kemuliaan. Betapa tidak? Kedua ayah ibunya merupakan orang-orang terpandang di tengah Quraisy, sebelum keadaan itu berubah dengan pengangkatan Muhammad sebagai nabi dan rasul. Hingga pada usia gadisnya, tidak sedikit pemuka-pemuka Quraisy bersaing ingin mempersunting putri Muhammad al Amin Shallallahu ‘alaihi wasallam ini. Namun Allah mentaqdirkan Zainab dipersunting oleh Abu al ‘Ash[2], yang tak lain adalah putra dari bibinya dari pihak ibu, Halah bintu Khuwailid, sebelum pengangkatan ayahnya sebagai nabi. Kala itu usia Zainab belum lagi genap sepuluh tahun. Pernikahan Zainab dengan Abul ‘Ash ini pun semakin mengokohkan tali kekerabatan kedua keluarganya. Sungguh suaminya begitu memberikan limpahan cinta kepadanya. Hingga pada suatu saat ketika Abul ‘Ash berada dalam perjalanan menuju Syam dan meninggalkannya di Mekah, ia senantiasa teringat akan belahan jiwa tercintanya seraya melantunkan sebait syair ungkapan kerinduannya:

Ku teringat Zainab saat kubersandar pada bebatuan

Kukatakan berilah minum bagi seorang yang tinggal di al Haram

Putri Al Amin semoga Allah memberinya ganjaran karena keshalihahannya

Dan setiap suami pasti memuji orang yang sangat dikenalnya

Dari hal ini ada sebuah pelajaran yang bisa dipetik oleh para muslimah. Meskipun usia Zainab kala itu masih sangat belia, namun sungguh ia telah berhasil meraih ridha suaminya dengan ketinggian akhlak dan keluhuran budi pekertinya, yang tak lain merupakan buah dari didikan kedua orang tuanya. Cinta dan kasih sayang mereka pun semakin kokoh dengan lahirnya dua orang anak yang Allah karuniakan kepada mereka berdua, yakni Ali dan Umamah[3].

Haripun bergulir, waktu pun terus berlalu. Perjalanan waktu mengantarkan mereka untuk menyaksikan nubuwah Muhammad sesuai taqdir yang Allah tetapkan. Tanpa ragu sedikitpun, Zainab segera mengikuti jejak ibunda tercinta. Ia masuk Islam tidak lama berselang setelah sang ibu mengikrarkan keimanannya. Namun sayang, betapapun besar cinta suaminya kepadanya, hal itu tidak membuat suaminya ikut serta beriman bersamanya. Abul ‘Ash masih enggan meninggalkan keyakinan nenek moyangnya saat itu. Maha Benar Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah berfirman dalam kitabNya:

إِنَّكَ لاَ تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (QS. 28:56)

Satu lagi keteladanan yang patut kita contoh dari pribadi wanita mulia ini. Betapapun besar cintanya kepada suaminya, namun hal itu tidak menghalanginya untuk segera beriman. Sikap Abu al ‘Ash sama sekali tidak menggoyahkan keyakinannya terhadap kebenaran risalah yang dibawa oleh sang ayah. Ketika kaum muslimin hijrah ke Habasyah kerena intimidasi yang dilakukan oleh Musyrikin Quraisy, Zainab terhalang untuk ikut serta bersama rombongan Muhajirin menyelamatkan keimanan mereka ke negeri Najasyi. Sang suami tidak mengizinkannya untuk pergi ke Habasyah. Namun kekerasan dan kekejaman yang dilakukan musyrikin Quraisy kian hari kian bertambah. Puncaknya, mereka berkonspirasi untuk membunuh Muhammad Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Allah Subhanahu wa Ta’ala pun menurunkan perintah kepada rasulNya untuk hijrah ke Madinah. Di kota ini, dakwah Islam mendapat sambutan dari para penolong agama Allah Subhanahu wa Ta’ala, kaum Ashor yang telah lama meminta Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk hijrah ke negeri mereka. Dua tahun setelah itu, pasukan kaum muslimin bertemu dengan kafilah Quraisy Mekah di Badr. Hingga pecahlah perang Badr Al Kubra yang berujung dengan kekalahan di pihak Quraisy. Tujuh puluh orang dari Quraisy berhasil ditawan oleh kaum muslimin. Abu al ‘Ash merupakan salah satu diantara para tawanan itu. Ia ditawan oleh seorang sahabat dari kalangan Anshor bernama Abdullah bin Jubair bin an Nu’man. Musyrikin Mekah segera mengirim utusan untuk membebaskan para tawanan mereka dengan memberikan sejumlah tebusan kepada kaum muslimin. Amr bin Ar Rabi’, saudara kandung Abu al ‘Ash, termasuk salah satu dari utusan tersebut. Ia datang untuk menebus saudaranya. Saat itu, ia juga membawa kalung yang diperintahkan oleh Zainab untuk diberikan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai tebusan suaminya. Maka ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melihat kalung tersebut, beliau segera mengenalinya. Kalung tersebut adalah milik istri pertamanya Khadijah yang kemudian ia berikan kepada putrid mereka Zainab saat pernikahannya dengan Abu al ‘Ash. Hati beliau begitu tersentuh karena melihat kalung itu. Beliau terkenang akan istri tercintanya Khadijah. Jasanya terhadap beliau dan dakwah Islam sungguh takkan pernah terlupakan. Beliau berkata kepada para sahabat:” Seandainya kalian mau membebaskan tawanan putriku dan kalian berkenan mengembalikan kalung miliknya, maka lakukanlah!” Para sahabat berkata:”Ya, wahai Rasulullah!”. Mereka pun segera membebaskan Abu al ‘Ash dan mengembalikan kalung milik Zainab. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian membuat perjanjian dengan Abu al ‘Ash agar ia mengizinkan istrinya untuk hijrah ke Madinah. Abu al ‘Ash memenuhi perjanjian itu dan ia meyakinkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa ia tidak ingin menceraikan istrinya walaupun Quraisy menghasutnya untuk melakukan hal itu. Rasulullah pun menghargai sikap Abu al ‘Ash dan berterima kasih akan sikap baiknya kepada keluarganya selama ini. Dan tinggallah Zainab di kota Madinah bersama sang ayah.

Kemudian pada bulan Jumadil ‘Ula tahun ke enam hijriyah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mendengar berita bahwa ada serombongan kafilah milik Quraisy yang kembali dari Syam. Beliau lalu mengutus Zaid bin Haritsah untuk memimpin 170 sahabat demi menghadang kafilah tersebut. Pasukan muslimin berhasil mengatasi mereka dan menawan orang-orang yang ada dalam kafilah serta menahan harta bawaan mereka. Para tawanan digiring menuju Madinah. Kali ini, Abu al ‘Ash kembali menjadi tawanan kaum muslimin. Karena ternyata ia ikut dalam rombongan kafilah tersebut. Ia kemudian menemui istrinya dan memohon perlindungan kepadanya. Zainab pun bersedia melindunginya. Selepas shalat shubuh, ia mengumumkan kepada orang-orang dengan suaranya yang lantang:”Wahai manusia, sesungguhnya aku telah memberikan perlindungan kepada Abu al ‘Ash bin Ar Rabi’.” Mendengar suara putrinya, Rasulullah pun bertanya kepada para shahabat:”Wahai sekalian manusia, adakah kalian mendengar apa yang aku dengar?”. Mereka menjawab:”Ya”. Kemudian beliau berkata:”Demi Dzat Yang jiwaku berada di tanganNya, tidaklah aku mengetahui hal ini sebelumnya, sampai aku mendengar apa yang kalian dengar juga. Sesungguhnya kaum mu’minin adalah pelindung bagi selain mereka (orang kafir). Orang yang terdekatlah (kerabat) yang (lebih berhak) melindungi mereka. Dan sungguh kita pun melindungi orang yang telah dilindungi olehnya (Zainab)!”. Rasulullah keluar dari masjid dan menemui putrinya. Beliau berkata:”Wahai putriku, berikanlah ia (Abu al ‘Ash) tempat yang baik, akan tetapi janganlah ia mendekatimu karena sesungguhnya engkau tidak halal baginya selama ia masih musyrik”. Zainab berkata:”Sesungguhnya ia datang meminta agar hartanya dikembalikan”. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun menemui para sahabat dan berkata kepada mereka:”Sesungguhnya laki-laki ini (Abu al ‘Ash) adalah termasuk keluarga kami sebagaimana yang kalian ketahui. Dan kalian telah mangambil hartanya yang merupakan pemberian Allah kepada kalian. Namun aku ingin kalian berbuat baik kepadanya dan mengembalikan hartanya. Jika kalian menolak, sesungguhnya kalian lebih berhak atas harta itu”. Para sahabat berkata:”Bahkan kami akan mengembalikannya wahai Rasulullah”. Sikap Zainab dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ini memberikan kesan mendalam dalam jiwa Abu al ‘Ash. Ia pun kembali menuju Mekah dan mengembalikan seluruh harta penduduk Mekah yang dititipkan kepadanya. Ia berkata kepada mereka:”Wahai Quraisy, adakah salah seorang dari kalian yang belum mengambil haknya?”. Mereka berkata:”Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Sungguh kami mendapatimu seorang lelaki yang memenuhi amanah lagi mulia”. Abu al ‘Ash kembali berkata:”Sesungguhnya aku bersaksi bahwa tiada ilaah yang berhak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Demi Allah, tiada yang menghalangiku untuk masuk Islam kecuali kekhawatiran bahwa kalian akan menyangka aku memakan harta -harta kalian. Namun Allah telah mengembalikan harta kalian, (ketahuilah) kini aku telah masuk Islam”. Abul ‘Ash kemudian meninggalkan Mekah menuju Madinah untuk menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan istri tercintanya.

Peristiwa ini terjadi pada tahun ke tujuh Hijriyah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan penuh suka cita mengembalikan putrinya kepada Abul’ Ash tanpa akad nikah yang baru[4]. Maka kini terhimpunlah kembali tali cinta yang telah terserak selama enam tahun karena perbedaan prinsip keimanan. Namun sungguh takdir tak dapat dielak. Belum genap setahun mereka merajut kembali tali kasih dalam manisnya keimanan, Allah kembali memisahkan mereka dengan satu perpisahan yang takkan pernah ada pertemuan kembali setelahnya di dunia.

Pada awal tahun ke delapan hijriyah, Zainab bintu Rasulullah wafat setelah sakit yang dideritanya beberapa lama. Kesedihan mendalam kembali di alami oleh Abu al ‘Ash dengan kematian istri tercintanya. Di antara wanita yang ikut memandikan jenazahnya adalah Ummu Aiman serta dua orang istri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, yakni Saudah bintu Zam’ah dan Ummu Salamah.

Sekitar lima tahun kemudian, Abu al ‘Ash pun wafat menyusul istri tercintanya. Semoga rahmat Allah dan ridhaNya senantiasa tercurah atas mereka seluruhnya. Amin.

Maraji’ dan Mashadir:

  1. Al Quran dan terjemahnya, cet Mujamma’ Malik Fahd, Saudi Arabia.
  2. Al Isti’ab fii Ma’rifat al Ashab, Yusuf bin Abdillah bin Muhammad bin Abdil Barr (463 H), tahqiq Ali Muhammad Al Bajawi, Daar Al Jiil, Beirut, cet I, th 1412 H.
  3. Siyar A’lam an Nubala, Adz Dzahabi, tahqiq Syu’aib Al Arna’uth, Mu’assasah Ar Risalah, cet XI, th 1422 H/2001 M.
  4. Al Ishabah fii Tamyiz ash Shahabah, Ibnu Hajar Al ‘Asqalani, tahqiq Ali Muhammad Al Bajawi, Daar Al Jiil, Beirut, cet I, th 1412 H/1992 M.

[1] Al Isti’ab 4/1839 dan 1853.

[2] Ada silang pendapat di kalangan sejarawan tentang nama Abul ‘Ash ini. Banyak diantara mereka yang mengatakan namanya adalah Laqith. Ada juga yang mengatakan Mihsyam, Muhasysyim, az Zubair dan Yasir atau Yasim. Lihat Al Ishabah 7/249 dan Al Isti’ab 4/1701.

[3] Ali bin Abi al ‘Ash ini meninggal pada saat menjelang usia balighnya. Sedangkan putri mereka Umamah, ia hidup sampai dewasa dan menikah dengan Ali bin Abi Thalib setelah Fathimah bintu Rasulullah wafat. Lihat Siyar A’lam an Nubala 2/246.

[4] Ini menurut pendapat banyak ahli sejarah. Lihat al Ishabah 7/249, Siyar A’lam an Nubala 2/249. Dahulu jika ada seorang wanita yang beriman lebih dahulu dari suaminya kemudian suaminya beriman, maka Nabi mengembalikan wanita itu kepada suaminya dengan akad nikah yang awal (dahulu). Setelah turun firman Allah surat At Taubah, maka wanita yang beriman lebih dahulu daripada suaminya, tidak boleh kembali kepada suaminya yang beriman setelahnya kecuali dengan akad nikah yang baru. Namun ada beberapa ahli sejarah, diantaranya asy Sya’bi, mengatakan bahwa beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam mengembalikan Zainab kepada Abu al ‘Ash dengan akad nikah yang baru. Lihat al Isti’ab 4/1701. Wallahu a’lam.