Friday, August 3, 2012

kisah para tabi'in : UWAIS AL-QARNI

salamullah aleikum jami'an.. bismillah..


p/s: niatkan bacaan ini kerana Allah n ilmu-Nya yg luas. semoga perkongsian ini mjadi saksi kita di hari perhitungan kelak. jzkk.. (^_^) 

________________________________________


Uwais al-Qarni adalah di kalangan tabi’in (hidup selepas kewafatan
Rasulullah SAW, dan bertemu dengan para sahabat). Sejak dilahirkan
beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Ibunyalah
yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa.

Uwais al Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut di dalam
wasiat Baginda SAW yang disampaikan kepada Saidina Umar al-Khattab dan
Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda SAW berpesan:

“Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat
makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman
dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah
dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu
berdua.”

Lalu Saidina Umar dan Saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya
minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab: “Kamu
minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah (SWT) agar Allah (SWT)
ampunkan dosa-dosa kalian”.

Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu
kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu
dengan Uwais al-Qarni.

Jika dilihat dari pandangan orang biasa, Uwais al-Qarni tiada
ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang
yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak
ketahui..

Kisah Uwais al-Qarni

Beliau mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya
mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat
yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang
diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya
mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari
perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk
pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta
yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang
diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan,
selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan
yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata: “Anakku mungkin ibu dah tak
lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat
mengerjakan haji”.

Uwais mendapat satu ilham... Dia membeli seekor anak lembu yang baru
lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok)
di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk
lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu itu untuk
naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu lagi turun
dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari.
Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia
beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang ramai mengatakan dia
gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian
setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi
sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20 kilogram, selepas
enam bulan lembu itu sudah menjadi 100 kilogram. Otot-otot tangan dan
badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu
seberat 100 kilogram turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji,
rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa
ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai
ke Mekkah dengan kedua tangannya.

Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti
dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan
dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50 kilogram.

Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya
dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah
dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua
tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Pulang sahaja ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu berdoa
sepanjang kamu berada di Mekah?”.

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah (SWT) mengampunkan
semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga,
cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi: “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah (SWT)
hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.

Uwais kata" “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah (SWT) yang
jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah (SWT), seperti saya
tidak bersyukur dengan Allah (SWT) Ta’ala”.

Ibunya menambah: “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah
ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan
berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah (SWT)
sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi
kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:

“Tolonglah Ya Allah (SWT) kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan
yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.

Maka, Allah (SWT) memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak
di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian
lehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada
Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais
al-Qarni.

Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan
darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling
makbul.

Apabila bertemu dengan Uwais al-Qarni, mereka berdua pun meminta Uwais
mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka Uwais pun
mendoakan mereka berdua.

Doa paling utama

Ibrah dari kisah Uwais al-Qarni dan pertemuannya bersama Saidina Umar
al-Khattab dan Saidina Ali menggambarkan kepada kita tentang
kepentingan doa untuk kita meminta dosa kita diampunkan.

Jika dilihat secara logik, Aisyah dan Umar serta Ali merupakan orang
yang sudah dijamin akan masuk syurga, tapi mengapa Baginda SAW
menyuruh mereka berdoa untuk diampunkan dosa.

Justeru nak menunjukkan kepada kita tentang pentingnya doa ini. Selalu
kita meminta hal-hal dunia, tetapi jarang kita menitikberatkan doa
supaya dosa kita diampunkan. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan
yang doa amat mudah dimakbulkan, Rasulullah SAW selalu berkata kepada
isteri-isteri Baginda SAW dan para sahabat:

فيعجبا لمن أدرك رمضان فلا يغفر الله
“Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya
kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan dosa-dosanya tidak
diampunkan”

Aisyah RA teringin sangat bertemu malam al-Qadr,lalu dia bertanya
kepada Nabi SAW: "Bilakah berlaku malam Qadar?”

Nabi SAW bertanya kepada Aisyah RA semula: “Apa yang kamu nak buat
bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”.

Aisyah RA menjawab: “Saya tak tahu”

Kemudian Aisyah bertanya lagi: “Apakah yang patut saya buat bila
bertemu dengan malam Qadar itu?”.

Nabi SAW berkata kepada Aisyah: “Malam itu malam yang amat baik untuk
beramal di malamnya dan amat mudah dimakbul Allah (SWT) doanya”.

Aisyah bertanya lagi: “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa
pada malam itu?”

Nabi SAW menjawab: “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam
itu ialah malam Qadar berdoalah

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
(Allahumma innaka ‘afuwwun karimun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni)
“Ya Allah (SWT), Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, Engkau sangat
suka mengampun maka ampunkanlah dosa-dosa ku”


Oleh itu, doa yang paling utama dan dikesempatan Ramadhan ini,
mohonlah keampunan sebanyaknya kepada Allah SWT dengan doa yang telah
Nabi SAW ajarkan kepada Saidatina Aisyah RA.

Semoga amalan kita diterima dan tidak tergolong dalam golongan yang
Nabi SAW katakan tentang kehairanannya apabila sudah masuk Ramadhan
dosa-dosa golongan ini tidak diampunkan.

تقبل الله منا ومنكم.. آمين يا رب العالمين
Wallahu a’lam.

Kisah selanjutnya

Uwais hanyalah seorang pengembala kambing biasa. Sekali pandang, tiada
apa yang istimewa tentang pemuda ini. Namun, dia mencatat sejarah
hebat di kalangan manusia. Malah, baktinya yang tersembunyi mengangkat
dirinya ke martabat yang amat tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri
mengiktiraf bahawa memang benar Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit,
bukan manusia di bumi!

Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Uwais Al-Qarni tinggal di negeri
Yaman. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Dia cuma tinggal
bersama seorang ibu yang sudah tua dan lumpuh.

Malahan, ibu tua itu telah buta dan hanya bergantung harap pada Uwais
untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak
meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Walaupun miskin, Uwais
kaya dengan budi bahasa dan amanah.

Justeru, dia menjadi kepercayaan orang untuk menjaga ternakan mereka
pada waktu siang. Upah yang diterima hanya cukup untuk menampung makan
pakai mereka sehari-hari. Jika ada terlebih, Uwais akan membantu
tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dirinya.

Selain itu, Uwais terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada
ibunya dan juga taat beribadah. Dia seringkali berpuasa dan malam hari
masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada
Allah. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh
dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara
lain.

Sebenarnya, Uwais ada menyimpan satu keinginan. Dia ingin sekali
berjumpa sendiri dengan Rasulullah SAW. Malah, hatinya merasa sedih
setiap kali mendengar cerita jirannya yang dapat bertemu dengan
Rasulullah SAW. Apakan daya, dia tidak boleh meninggalkan ibunya yang
uzur dan Uwais redha dengan keadaan itu. Kecintaannya kepada
Rasulullah juga bukan calang-calang.

Ketika mendengar Rasulullah SAW tercedera dan gigi Baginda patah di
dalam perang Uhud, Uwais lantas mengetuk giginya dengan batu sehingga
patah. Ini sebagai ungkapan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW
sekalipun dia tidak pernah bertemu dengan Baginda. Kerinduan dan
kecintaan kepada Nabi SAW menyebabkan dia bertanya sendiri, bilakah
dia akan bersua muka dengan kekasih Allah yang agung itu.

Tetapi seketika kemudian, Uwais kembali sedar bukankah tanggungjawab
utamanya adalah berbakti kepada ibunya yang sudah uzur. Mana mungkin
dia tegar meninggalkan wanita itu keseorangan. Lagipun, ibu itu amat
dikasihi dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh saban hari.

Sekian waktu berlalu, kerinduan kepada Nabi SAW yang selama ini
dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang
mendekati ibunya, memberitahu keinginannya dan memohon izin serta
restu agar dapat pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah.

Ibunya merasa terharu mendengar permintaan Uwais dan berkata,
“Pergilah wahai Uwais, Temuilah Nabi di rumahnya. Kelak, selesai
berjumpa dengan Baginda, segeralah engkau pulang ke pangkuanku.”

Izin itu diterima Uwais dengan gembira. Segera dia berkemas untuk
berangkat. Dia menyiapkan segala keperluan ibunya dan berpesan kepada
jiran agar menemani ibunya selama dia pergi. Sesudah bersalaman dan
mencium ibunya, Uwais pun berangkat ke Madinah.

Setelah melalui perjalanan yang jauh, akhirnya Uwais sampai di kota
Madinah. Dia terus menuju ke rumah Rasulullah SAW dan mengetuknya.
Salamnya dijawab seorang wanita. Itulah Siti Aisyah r.a. Dikhabarkan
Rasulullah tidak ada di rumah kerana sedang berada di medan
pertempuran. Kecewalah Uwais. Dari jauh dia datang namun Nabi tidak
dapat ditemuinya.

Kerana teringatkan ibunya yang sudah tua, hati Uwais serba salah.
Perlukah dia menunggu Rasulullah? Di telinganya terngiang-ngiang
kata-kata ibunya yang menyuruh dia lekas pulang. Apa khabar ibunya
kini? Akhirnya kerana ketaatan kepada ibunya, Uwais berangkat pulang
dengan segera.

Kepada Aisyah, dititipkan pesanan dan salam untuk Rasulullah. Tidak
lama kemudian, Rasululullah SAW pulang dari medan peperangan.
Kedatangan Uwais disampaikan oleh Aisyah.

“Itulah Uwais Al-Qarni, anak yang taat pada ibunya. Dialah penghuni
langit,” ujar Baginda SAW. Siti Aisyah dan sahabat tertegun. Nabi
berkata lagi: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah
dia mempunyai tanda putih di tengah telapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi SAW memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya
berkata: “Suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa
dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Waktu terus berganti, dan Nabi SAW kemudian wafat. Kekhalifahan Abu
Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika,
khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW mengenai Uwais Al-Qarni,
penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi SAW itu
kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra.

Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah
Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan mengenai Uwais Al Qarni, si fakir
yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan kambing
dan unta setiap hari. Mengapa khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali
r.a, selalu menanyakan dia?

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa
barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama
mereka. Rombongan kafilah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada
rombongan kafilah yang baru datang dari Yaman, segera Khalifah Umar ra
dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni
turut bersama mereka.

Rombongan kafilah itu mengatakan bahawa Uwais Al-Qarni ada bersama
mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota.
Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi
menjumpai Uwais Al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada,
Khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tetapi ketika itu Uwais
sedang solat.

Usai solat, Uwais menjawab salam Khalifah Umar ra dan Ali ra sambil
mendekati kedua sahabat Nabi SAW ini dan menghulurkan tangannya untuk
bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar ra dengan segera
membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang
berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh
Nabi SAW.

Memang benar! Kelihatan tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni.
Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi SAW
bahawa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra
menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais,
mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah.
Tapi siapakah namamu yang sebenarnya? Uwais kemudian berkata: “Nama
saya Wajah Uwais Al-Qarni”.

Dalam perbualan mereka, dinyatakan ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal
dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah
dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais
membacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia
berkata kepada Khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa pada kalian.”

Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang ke sini
untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Kerana desakan kedua sahabat
ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan
istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan
wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya.

Segera sahaja Uwais marah dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini
saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba
yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni pun meninggal dunia. Anehnya,
pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang
berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat
pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang
menunggu untuk mengkafannya.

Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sana
ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai.
Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, orang berebut-rebut
mengangkat jenazah dan mengiringinya.

Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman.
Banyak terjadi peristiwa yang menghairankan. Ramai orang yang tidak
dikenali datang untuk menguruskan jenazahnya sehingga ke liang lahad
sedangkan selama ini Uwais hanyalah seorang fakir yang tidak
dihiraukan orang.

Bermula saat dia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan
ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap
melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya, “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais
Al-Qarni?

Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak
memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai
penggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau
menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing
yang tidak pernah kami kenal.

Mereka datang dalam jumlah yang begitu ramai. Mungkin mereka adalah
para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah
dan pemakamanmu.”

Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan peristiwa-peristiwa ajaib yang
berlaku ketika hari beliau wafat telah tersebar ke serata tanah Yaman.
Baru hari itu mereka sedar siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni.

Di hari wafatnya, mereka mengakui bahawa memang benar sebagaimana yang
telah disabdakan oleh Nabi SAW, sesungguhnya Uwais Al-Qarni adalah
penghuni langit.
____________________________________________


sekian. wallahua'lam. wassalamualaikum.. ramadhan kareem :)

Monday, June 11, 2012

Sollu 'Alan Nabiyy

salamullah 'aleikum jami'an.. bismillah..
p/s penaja: niatkan bacaan ini LILLAHI TA"ALA
______________________________________

" cian ibtisamfahimah** ^_^. nape x update?", kata seorang teman tersayang petang tadi. SENTAP! :) ALLAH, lupa akan hadirnya blog ini. astaghfirullah.. tqvm kpd yg berkenaan ^_^. ss mukmin itu bersaudara..

sesungguhnya firman Allah dlm al-Asr, (103: 3) : kcuali org2 beriman dan mgerjakn kbajikan serta berpesan2 dgn kebenaran, bpesan2 dgn kesabaran

KULIHAT HIJAU. (^_^).. aik? terkejut tengok blog seniri. bukan dulu pepel ke?.. laaa, patotla. di sini saya dengan rendah hati mengucapkan ribuan3 terima kasih kpd cik bunbun, my lovely ex-rumate (alhamdulillah, masih close-in-touch wlupon dah ex.. ukhuwwah fillah selamanya kan? hehe.. ameen) yang telah make over blog ni.. syg kamu!..

entry pemanas jari sahaja pada kali ini, setelah sekian lama tidak menaip. lama sungguh.. (maksudnya menaip blog la ye. fB sokmo type.hehe). byk medium nk sebarkan bahagia ni kn? x gitu..hehe. pinjam kata ustazah fatimah syarha jap ^_^. jazahallah..

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad..

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad..

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad..

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad..

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad..

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad..

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad..

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad..

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad..

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad..


cuba kire.. berapa kali selawat atas nie?? ^_^ (haa.. PERINGATAN KERAS. SILA BACA EVERY SINGLE LINE.. ^_^. believe me guys, this is for your own good..)  sekarang, ce teka? berapa kali Allah selawat balik kat kite?

so..

jom.. selawat jom! td tgk u-tube, dating dgn ustaz don meta.hehe. so, menyambung2kan pesanan beliau.. (^_^)

MOTIVATE YOURSELF GUYS!! .. Rasulullah saw yg motivate ni, bukan calang2 ^_^..

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

SO, WHAT ARE YOU WAITING FOR? :) JOM.. JOM.. JOM.. (^_^)

sekian dahulu.. tengah exam final nie sebenar. ( sempat lagi? hehehe. teringat pesan seorang ustaz, kalau ada lintasan nk buat baik, raikan.. ^_^). tibe2 terpanggil nak post ni. semoga sedikit sebanyak bg manfaat kpd mata2 yg ditakdirkan membaca post ini. btw, doakan saya ya teman2 dunia akhirat sekalian. semoga dpt jwb, n dapat natijah yg cemerlang. ameen..  jazakallah khairan kathira (jzkk).

wallahua'lam, wassalam.. :)