Kupilih sendiri sebagai jalan hidupku
sendiriku bukan memadam ukhuwwah
apatah lagi mentakabbur jiwa
hadafku mencari cinta cuma
cinta hakiki yang mungkin tiada layak
bagi hati bersalut dosa yang kupunya
sendiriku tiada lain
sekadar lari dari mazmumah yang kian menghambat
Bila sendiri
kurasa bebas lagi membebaskan
tabir muhasabah terbuka luas tanpa hijab
kubebaskan ibadah semahunya
tangki tangis ini kulepas tanpa sekat
biar mengalir deras kerana-Mu hanya
tika itu juga
tidak kurang bisikan sarat goda
yang Kau datangkan padaku
selaku bukti kasih cinta-Mu
semoga aku tergolong bersama mereka yang mengetahui
Bila sendiri
kurasa bebas lagi membebaskan
jauh daripada mata-mata yang hanya pintar menilai
terhindar daripada lazatnya memamah daging
daging saudara sendiri, sadis
nauzubillahimin zaalik
Sendiriku memperkukuh kekuatan diri
mentazkiyah nafs erti berdikari
husnuz zonku pada-Mu Ya Allah
semoga jazaa al-khair milikku
~ameen~