Monday, May 30, 2011

Antara Dua Impian

salamullah aleikum jami'an.. bismillah..
________________________________________________________________
p/s: niatkan pembacaan anda lillahi ta'ala.. moga beroleh redha Allah. ambillah iktibar dr kisah ini. perkongsian seorg saudara di medan dakwah
________________________________________________________________
"Macam mana pengisian ana tadi? ok ke tak?"
"Ok."
"Ok je?"
"Habis tu, antum nak ana cakap apa? Antum tanya 'Ok' atau 'tak' je kan?
"Bagilah komen yang membina siket. Baru ana dapat detect. Mana kelemahan ana."
"Ha. Baru jelas. Hmm, pada ana tak de masalah. Setiap orang ada cara dia yang tersendiri, dan antum ada cara antum sendiri."
"Maksud antum?"
"Dari segi kawalan suara, dalil, dan sebagainya iulah. Semua tiada masalah. Cuma kalau ana, ana akan sampaikan dalam bentuk yang lain. Ikut skill masing-masing. Dakwah is about the art of... ?"
"Err.."
"Convincing people. Itu je. Macam mana kita nak convince kan seseorang itu bahawa Islam dan dakwah itu jalan hidup dia. Itulah yang kita kena fikir sekarang ni. Macam mana orang MLM mampuconvince orang mereka untuk hidup demi duit, macam itulah, bahkan lebih hebat dari itu kita kena convince orang untuk hidup demi Islam."

+++

Selesai menziarahi mad'u yang sedang menanti giliran untuk pertandingan drama di Lecture Hall 1, aku terus ke V1B 2** untuk memenuhi jemputan seorang ikhwah untuk mengisi taqlim yang dibuat atas inisiatif dia sendiri dalam mengumpul jiwa-jiwa kosong yang ingin diisi dengan sesuatu. Sebelum ianya diisi dengan kebatilan couple, games, dota dan lain-lain, apa kata kalau kita yang terlebih dahulu cuba untuk memenuhi jiwa-jiwa mereka dengan ayat-ayat cinta dari Allah.



+++

"Antum jemput ana, tapi antum lak yang bercakap. Haha."
"Lah, antum nak cakap gak ke?"
"Habis tu? Apa function antum panggil ana?"
"Erm.. Entah. Ana ajak je."

+++

Biasalah. Ikhwah kalau dah dapat peluang utnuk bercakap. Mana reti nak berhenti. Satu jam itu mungkin boleh dikira sebagai hingusan. =P

+++

"Akh, tapi ana kesian lah tengok kawan-kawan ana. Dulu kami ikut halaqoh sama-sama, tapi, tengoklah diorang sekarang. Ingat keluar halaqoh jadi lebih baik, tapi rupanya.."
"Ha?! Jadi apa? Shrek?"
"Hehe. Tak de lah sampai jadi shrek. Cuma, ana ingat lagi time mereka semua nak keluar hari tu. Murobbi ana pesan pada mereka. 'Ni kalau dah keluar ni, harap dapatlah berdakwah dengan lebih mantap.' Tapi, entahlah. Bukan nak memburukkan mereka, tapi.."
"Tapi, tapi.. Dah lah tu, ana faham apa yang antum nak cakap sebenarnya. Sekarang ana nak tanya antum, kenapa mereka merasakan selesa untuk hidup dalam duia macam sekarang ni? Sedangkan mereka tu pernah disentuh oleh tarbiyah?"
"Sebab mereka tak faham?"
"Tak faham tu mungkin. Tapi, ana yakin mereka faham dah. Cuma kenapa mereka merasa selesa. Kerana itulah impian semua orang yang bergelar dai'e."
"Impian? Maksud antum?"
"Ana tanya antum. Siapa yang sanggup hidup macam kita ni? Namastudent engineering, tapi sibuk lak nak berdakwah, halaqoh. Kalau lihat dari segi materialnya pulak, hilang duit ke sana ke sini, sampai dalam kadang-kadang duit dalam akaun tu jadi negatif. Tambah lak dengan stress study week."
"Negatif?"



"Ye lah, berhutang. Belum kira lagi duit untuk nak makan, masa untuk study hilang, masa untuk rehat tak de, tak balik rumah time-time cuti, tambah dengan result yang istiqomah berada di bawah paras bahaya. Siapa nak, akh?"
"Hmm.."
"Tak ada orang nak, akh. Kita je yang ngada-ngada nak terjerumuskan diri dalam jalan hidup yang pelik, menentang arus ni, akh. Dan ana yakin, kalau kita diberikan pilihan untuk memilih berhenti atau terus. Fuh, ana yakin akan ramai yang pilih berhenti."
"Tak payah offer. Memang mereka sendiri yang akan berusaha ke arah itu kadang-kadang."
"Ha. Bijak. Anak sapa lah ni. Tambahan antum tengok kawan-kawan kita yang dah tak ikut halaqoh sekarang, lepas tu dah tak buat kerja dakwah. Sibuk dengan rokok, couple, lepak dengan budak perempuan. fuh, tak best ke sume tu?"
"Best la agaknya."
"Memang best akh, tengok dalam surah ke-3, surah Ali Imran, ayat ke-14. Ingat?"


"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."
[QS Ali 'Imran, 3:14]

"Ditambah lagi dengan bantuan syaitan-syaitan dari jenis jin dan manusia yang sentiasa membisikkan perkataan yang indah. Tengok surah ke-6, ayat 112."

“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia).Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.”



[QS Al-An’am, 6:112]

"Maka, itulah impian kita semua, akh."
"Err.. Antum ni biar betul, akh."
"Tapi... Antara impian kita untuk keluar dari jalan dakwah dan tarbiyah ini untuk kesenangan dunia dengan impian kita dalam nak melihat wajah Allah SWT di syurga nanti, mana lebih besar? Mana lebih syok untuk kita kejar?"
"Melihat wajah Allah SWT di syurga."
"So? Antara banyak-banyak impian yang menghala ke neraka yang antum ada, akh, lupakan je semua tu. Sebab kita ada impian yang lebih besar."

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya"
[QS al-Baqarah, 2:207]

"Dan.."

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui, niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung. Dan (ada lagi) kurnia yang kamu sukai (iaitu)pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin."
[QS As-Saff, 61:10-13]

"Oleh itu, akh, tetaplah ikhlaskan niat. Kita berbuat semua ni kerana untuk mendekatkan diri kepada Allah, semata-mata Allah akan meredhai kita bukan setakat di dunia, tetapi yang penting di akhirat nanti. Dan, teruskan berbuat."

Sunday, May 1, 2011

Bahagianya Mereka

Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.


Kata mak..


Mak abah berjumpa di program. Program akhir tahun siswa siswi universiti. Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.


Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak.. "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.." Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah. Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi. Mak lihat.. "Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."


Cerita mak sambil tersenyum.. Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah. Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya.. Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..


Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum. Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah. Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.


Cerita mak..


ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau. Dan kelihatan abah.. "Abang ke mana? Risaunya ani.." "Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum. Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak. Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah.. "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.." "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.." Dan abah hanya ketawa. Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.


Pernah mak tanya, "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.." "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah.. Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik. Dan abah selalu membanggakan mak. Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata. "Beruntung Ani dapat suami macam tu.." Mak gembira.


Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak.. Pernah mak berkata.. "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.." Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini, Sudah tiada.


Pergi untuk bertemu cinta agungnya.. Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah. Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah. Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata.. "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.." Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis. "Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.." Mak tak boleh mendengar deringan telefon. "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."


Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum. "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak.. Menarik nafas. Dalam. Amat dalam. "Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. " Mak terus tersenyum. "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..." Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...


Mudah-mudahan kita juga boleh menjadi macam mereka....